Saturday, June 13, 2015

FaFaShaNaz and FaNiLaSha~~


FaFaShaNaz and FaNiLaSha adalah gabungan kami berlapan wakakakka.. asalnya kekonon Geng Gee Generation (GGG) . eh pastu tetiba .. hahahahhaaha..

Fa=Fairuz
Fa=Farris
Sha=Shahid
Naz=Nazrin
(FaFaShaNaz)

Fa=Farahin
Ni=Hanani
La=Nabila
Sha=Aisha
(FaNiLaSha)

tu lah nama gabungan kami ber8 .
asalnya FaNiLaSha yang tubuhkan nama gabungan nie semua..alih2 si FaFaShaNaz gedik meroyan nak jugak nama2 gabungan bagai.eh pehlissss laaa..uolsss hingat uolsss hot? dah memasing ada nama gabungan kekonon lettuw bajek retis terus buat group whatapss..hari2 duk meroyan dalam tu.terasa hati sikit left group.sapetah hahahahahaha..kami berlapan ibarat adik beradik esaiment pon kekadang copy pasta hahaha pastu kekonon yang tu mama..yg tu papa..aku along..blablabla ANgah ateh achik n andok.kroohhhhh..




nie lah dio FaFaShaNaz lelaki2 pujaan malaya hahahhaaa geli deng
kekonon pakai baju sama cap Bangalore. menyampah.ramai peminat depa semua nie.xtaw lah ciri2 tang mana depa ada sampai ramai yg minat mereka ahahahahah..besen mana besen?nak muntah rasa.


yang nie FaNiLaSha yang cun lagi gojes hahaha.. yang depan tu Presiden GGG 
Ella rasa? layak ke kau jadi presiden?
hancur kelab..dah la presiden, tapi buat perangai plak suka left left group bagai.


eh eh..kami lagi 4 serangkai hahahahaha


time nie gigih naik van kunyit beramai2 semata mata nak p makan kat Uncle Chua.dengan kain pelikat baju melayu nya semua gigih!!~dah la gigih, bersatu padu plak duk tepi pantai main game goreng pisang goreng pisang hahahahah malu kokram xpadan ngan tua bangka.


laaa.. FaNiLaSha lagi hahaha. dasar gila glemer..


terasa seperti lecturer plok pakai kad matrik kat bahagian luar tudung hahaha..jangan xtaw, ramai yg ingat iolss lecturer n ada yg cakap iolsss sesuwai jadi lecturer..wakakkakaa muntah kuning...layak ke kau? setakat dalam mimpi boleh la..



selpie memanjang, serabuk jugak aku kekadang dgn dia nie sikit2 selpie sikit2 selpie..yang belakang plak ratu menyelit turut serta.pengsan


nie satu2 nya kawan lelaki iolsss yang tinggi macam zirafah 183cm hahahaha..dah la zirafah...manja plak tu..manja, pastu plak kuat terasa hati wkakkakakaka.. asyik nak gadoh jer ngan aku..tak paham aku..baik gadoh baik gadoh.MashaAllah gambar..jangan duk berani hangpa p gosip cheq ngan dia..xdak pape pon.time ni VIVA.kekonon dedua nie bajek amik gambor macam ahli lembaga pengarah tabung haji pulok huhuhuhu maka pembaca pon turut serta berhuhuhuu.fefeeling romantika de ya mor la dua ore nie.drama sangat.


dua orang kat belakang da macam upin n ipin.sama pendek.sama cute.sesama pakai spek. yg baju maroon tu lah orang pertama yang panggil aku KakGee..dia la yang mulakan dulu cakap aku gangster..gangster celah mana xtaw.padahal dia yg gangster sebab selalu kacau aku.gangster xgangster, maka terhasilkan nama panggilan KakGee .napok bebenor aku ganasnya padahal lembut je tuannya wakkakakakakaka..



minah kelate yang selalu balik kampung naik bas sesama.bas buruk ke bas baru ke kami redah hahahahahahha.sekian

#kisah1 #akhirnyaAkuPutusCinta #karyaByHananiWirdah

Suraya, seorang pelajar lepasan STPM yang berumur 19 tahun. Selepas STPM, dia hanya duduk di rumah sahaja atau dengan kata lain menganggur. Setiap hari dia hanya habiskan masanya dengan menonton televisyen, melayari internet, mengemas rumah, memasak, dan  mendengar radio sahaja. Dia jarang keluar rumah untuk melepak dengan kawan-kawannya. Dia ada seorang kawan baik yang bernama Farah. Jarak rumah mereka berdua tidaklah berapa jauh. Lebih kurang 1km sahaja. Kebiasaannya, Farah akan datang ke rumah Suraya pada setiap pagi Jumaat untuk bersama-sama pergi ke pasar pagi berdekatan dengan rumah Suraya.
              Suraya tiada buah hati. Dia tidak pernah bercinta. Semasa zaman sekolah pun dia tidak pernah bercinta dengan sesiapa, malah mencuba untuk berjinak-jinak dalam percintaan pun dia tidak berminat. Dia jenis berpegang pada prinsip. Selagi belum tamat alam persekolahan, dia tidak akan bercinta dengan mana-mana lelaki. Itu prinsipnya. Farah pula jenis suka bercinta. Dari sekolah menengah sampailah sekarang asyik bercinta sahaja. Bercinta putus bercinta putus bercinta putus sampailah sekarang. Farah selalu cuba untuk memperkenalkan kawan-kawan lelakinya kepada Suraya. Tapi Suraya tidak berminat dengan itu semua. Dia ada sebab-sebab tersendiri kenapa dia tidak berminat. Bagi Suraya, dia mengganggap sikap kawannya itu seolah-olah memerli dia yang dia seorang anak dara yang tidak laku tiada siapa yang mahu mendekatinya tetapi sebaliknya. Suraya mendiamkan diri. Dia tidak cepat melatah. Dia biarkan sahaja.
               Farah jenis ramai kawan lelaki. Kebanyakan kawan lelaki Farah dia berkenalan di laman-laman social seperti Facebook, Twitter, Tagged, Wechat dan sebagainya. Biasalah, bila dah berkenalan di dalam laman social, si lelaki akan cuba minta nobor telefon dengan Farah. Farah jenis suka berkawan. Apabila kawan-kawan alam mayanya minta nombor telefonnya, dia tidak segan untuk terus memberi walaupun Farah sebenarnya sudah memiliki teman lelaki istimewa.
                 Pada suatu hari, ada seorang lelaki teman ‘add’ akaun Suraya. Suraya ‘approve’. Lelaki itu ‘private message’ Suraya dengan mengatakan bahawa dia mahu berkenalan dengan Suraya. Suraya membalas ‘chat’ si lelaki itu. Lelaki itu bernama Izham. Berumur 19 tahun juga dan berasal dari Kampung Jelatang yang tidak jah dari rumah Suraya. Izham juga pelajar lepasan STPM. Tetapi sekarang Izham belajar di sekolah swasta untuk menduduki kemnali peperiksaan STPM buat kali kedua. Setiap hari Izham akan ‘chat’ dengan Suraya. Suraya membalas nya seperti biasa dan menganggap Izham seperti kawan-kawan alam maya dia yang lain. Izham kelakar orangnya dan menyebabkan Suraya mudah terhibur dengan gelagatnya. Izham cuba untuk meminta nombor telefon daripada Suraya. Tetapi Suraya menjual mahal dengan tidak mudah untuk dia memberi nombor telefonnya kepada mana-mana lelaki yang dia tidak kenal lebih-lebih lagi di alam maya. Izham tidak pernah berputus asa. Setiap hari dia akan cuba juga meminta nombor telefon Suraya. Tapi jawapan tetap sama daripada Suraya.
              Nak dijadikan cerita, Izham ni rupanya sepupu kepada teman lelaki Farah. Izham cuba mendapatkan nombor telefon Suraya dari bantuan Farah. Farah terus memberi nombor telefon Suraya kepada Izham tanpa meminta kebenaran sedikit pun daripada Suraya. Selepas Izham Berjaya mendapatkan nombor telefon Suraya, dia terus menelefon Suraya pada malam itu juga.
             ‘Hello, boleh saya bercakap dengan Cik Suraya Natasha?’
              Suraya terpaku dan terdiam sebentar.
              ‘Awak siapa’? Mana dapat nombor telefon saya?’
              Izham memutar belitkan cerita dengan memberitahu bahawa dia mendapatkan nombor telefon Suraya dari kawan sekelasnya iaitu Fatin Amalina. Fatin Amalina sebenarnya dulu adalah kawan sekelas Suraya semasa di sekolah menengah. Suraya mendiamkan diri. Dia tak tahu samaada nak marah Fatin Amalina atau pun tidak sebab kalau marah pun nasi tetap menjadi bubur. Suraya rileks kan diri sahaja, padahal dia tak tahu itu semua ‘kerja’ kawan baiknya sendiri iaitu Farah.
             Setiap hari Izham akan menelefon Suraya. Tak kira pagi, petang mahupun malam. Disebabkan Suraya pun tiada sesiapa teman istimewa dalam hidupnya, dia layankan sahaja Izham itu sebagai seorang teman sahaja. Suraya suka berkawan dengan Izham sebab satu faktor iaitu Izham seorang kelakar orangnya dan selalu membuatkan Suraya tergelak setiap masa. Lama kelamaan setelah beberapa bulan berhubung, Izham memberitahu niat di hatinya bahawa dia mahu ‘couple’ dengan Suraya. Sedangkan mereka berdua belum pernah lagi bersemuka antara satu sama lain. Suraya menjadi serba salah samaada dia mahu terima atau tolak. Izham beri dia masa.
              Suraya bertanyakan pendapat kepada kawan baiknua, Farah tentang ajakan Izham untuk ‘couple’. Farah bagi ‘green light’ kepada Suraya supaya terima sahaja Izham itu. Pada masa yang sama Farah mengaku kepada Suraya bahawa sebenarnya dialah yang menjadi dalang memberi nombor telefon Suraya kepada Izham.
                 “Aku bukan apa Suraya. Izham tu asyik paksa-paksa aku je supaya beri nombor kau. Setiap malam dia telefon aku paksa-paksa aku agar berikan dia nombor telefon kau. Aku kesian. Lagipun dia memang dah lama nak berkawan dengan kau dan mahu lebih mengenali diri kau dengan lebih rapat. Kau terima je lah dia’. Tak salah mencuba dalam percintaan. Lagipun kau bukan ada teman lelaki istimewa pun. Kau cubalah’.
                  Suraya tak mampu berkata apa-apa. Dia hanya mampu mendiamkan diri sambil berfikir. Dalam kotak fikirannya hanya memikirkan Izham. Dia takut sekiranya pada suatu hari nanti Izham berubah. Suraya berpegang pada prinsip. Dia hanya mahu bercinta sekali sahaja seumur hidup. Sekali dia bercinta, itu bermakna dia hanya mahu lelaki itu sahaja menjadi bakal imam nya nanti. Suraya semakin risau. Fikirannya kusut.
                  Selepas beberapa hari, Suraya membuat keputusan. Keputusannya adalah menerima sahaja Izham sebagai ‘couple’ nya. Sebenarnya Suraya sudah lama jatuh hati pada Izham, Cuma dia takut untuk bercinta. Izham gembira dengan jawapan Suraya. Izham berjanji dengan Suraya bahawa dia akan setia dengan Suraya buat selama-lamanya. Suraya lega mendengar jawapan Izham.
                 ‘Sayang, biy janji dengan sayang yang biy akan setia dengan sayang seorang sahaja. Biy akan jaga hati sayang. Biy takkan curang dengan mana-mana perempuan.Biy janji sayang’, katanya Izham kepada Suraya di dalam mesej pesanan ringkas.
                  Suraya membalas, ‘InshaAllah biy. Memang itu yang diharapkan oleh saya. Saya harap hubungan kita kekal hingga ke jinjang pelamin. Saya sayang awak sangat-sangat’.
                  Suraya membahaskan dirinya sebagai ‘saya’ kepada Izham pada mulanya disebabkan Suraya malu tambahan pula dia sebelum ini tidak ada pengalaman bercinta. Bagi dia perkataan ‘sayang, biy, darling, anje’ dan sebagainya itu amat geli untuk disebut. Izham pula sebaliknya. Dia tidak malu dan tidak kekok untuk bahaskan dirinya sebagai ‘biy’ dan memanggil Suraya dengan panggilan ‘sayang’.
                  Setelah beberapa bulan mereka bercinta, akhirnya mereka bertemu. Mereka tidak seperti pasangan yang lain. Kalau pasangan yang lain suka ‘dating’ di taman bunga, pusat membeli-belah, panggung wayang, tapi sebaliknya mereka hanya bertemu di rumah Suraya pada hari raya pertama. Itu adalah ‘first date’ mereka berdua. Izham membawa seorang kawannya, Alif untuk menemaninya pergi beraya rumah Suraya. Semasa pertemuan itu, kali pertama terpandang wajah Izham, Suraya tersenyum lebar. Suraya terpaku seketika kerana teruja dapat bertemu dengan Izham. Izham malu-malu. Begitu juga Suraya. Bak kata satu pepatah’malu-malu kucing’. Padahal dalam hati mereka, memasing teruja dapat bertemu buat kali pertama.
                  Izham boleh dikatakan romantik juga. Dia seringkali tuju lagu kepada Suraya. Setiap lagu yang diberi kepada Suraya melambangkan cinta mereka. Setelah Izham memberi lagu kepada Suraya, Suraya cepat-cepat ‘search’ lirik lagu berkenaan. Suraya hayati setiap bait-bait lirik lagu berkenaan.
                  ‘Sungguh dahsyatnya cintaku kepada kamu.. aku mohon jangan pergi.. menyiksaku dengan rindu.. kita dua hati.. selamanya takkan terpisah.. kau dan aku punya cerita.. paling terindah di dunia’.
                   Setelah setahun mereka dilamun cinta, Izham ditawarkan melanjutkan pelajaran ke universiti. Universiti itu bukan di Semenanjung Malaysia, tetapi Sarawak iaitu Universiti Malaysia Sarawak dalam bidang Seni. Manakala Suraya pula dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Terengganu dalam bidang Teknologi Maklumat.
            Semasa di Semester 1, hubungan mereka baik walaupun memasing berjauhan. Tapi kekadang Izham jarang sekali berhubung dengan Suraya disebabkan dia sibuk dengan ‘assignment’. Suraya faham. Dia jenis tidak mendesak Izham untuk 24 jam bersama nya.  Tapi lama kelamaan, Izham semakin berubah. Menelefon Suraya pun seminggu sekali pun susah. Apatah lagi untuk SMS. Suraya masih lagi bersabar dengan sikap Izham. Dalam fikiran Suraya, Suraya mengganggap Izham sudah berubah hati. Mungkin Izham sudah ada seseorang di sana. Suraya cuba bertanya kepada Izham, tetapi Izham menafikannya. Suraya bersabar lagi dan memberi peluang kepada Izham. Sebenarnya sudah banyak kali Suraya memberi peluang kepada Izham, tapi sikap Izham tetap sama. Suraya sedih. Dia hanya mampu mendiamkan diri.
           Ada sesakali Suraya mengadu nasib nya kepada teman baiknya, Farah. Farah simpati dengan nasib Suraya. Farah cuba masuk campur dalam hubungan mereka. Farah cuba menelefon Izham dan marah-marah kepada Izham kerana buat sedemikian rupa terhadap kawan baiknya itu. Izham menjelaskan kepada Farah bahawa dia sibuk semenjak dua menjak ni sebab itu dia tiada masa untuk berhubung dengan Suraya. Suraya kecewa dengan jawapan Izham.
           ‘Kalau sibuk pun, takkan lah seminit dua tak dapat meluangkan masa untuk bertanya khabar’. Naluri Suraya berkata demikian. Suraya syak yang Izham sudah tiada hati lagi dekat Suraya. Tambahan pula mereka jauh. Ibarat seperti ‘cinta jarak jauh’. Biasalah, bila cinta jarak jauh, apa-apa pun boleh terjadi.
           Hubungan mereka sampai sekarang ibarat ‘ gantung tidak bertali’. Sudah banyak kali mereka bergaduh, tetapi Izham jenis pandai berbicara. Setiap kata-katanya Berjaya mencairkan hati Suraya. Setiap kali mereka bertengkar, Suraya memaafkan sahaja setiap perbuatan Izham sebab Suraya tidak mahu panjangkan pergaduhan mereka.
          Pada pertengahan Semester 2, Izham membuat tindakan berani dengan cuba menyatakan bahawa dia mahu memutuskan hubungan mereka dengan alasan yang tidak kukuh.
          ‘Sayang, biy rasa kehidupan kita masih lagi jauh. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Biy taknak sayang terlalu berharap dengan biy. Biy risau sayang akan kecewa kelak. Kita kawan je lah’.
           Hati Suraya luluh apabila membaca SMS daripada Izham. Dia hampir tersungkur ke atas lantai. Hati dia kecewa sangat-sangat dengan sikap Izham. Dengan alasan yang tidak munasabah bagi nya, Suraya tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Dia tidak mahu Izham kelihatan dia seperti terhegeh-hegeh. Suraya langsung tidak merayu kepada Izham. Walaupun setiap malam Suraya menangis sebelum tidur, dia tetap tabahkan hati dengan memujuk diri sendiri supaya kuatkan semangat.
           ’1 pergi, 10 orang akan datang. Kau buat aku, suatu hari nanti akan ada orang yang buat kau pula. Aku tunggu saat itu.’
            Sampai sekarang Izham dan Suraya langsung tidak berhubung. Suraya kecewa dengan sikap Izham. Sebelum ini, Izham memberitahunya bahawa mereka berdua masih lagi berkawan tapi dimanakah Izham? Diam membisu tanpa sepatah kata. Suraya pula tetap dengan prinsip dan ego nya yang dia takkan mencari Izham kerana tidak mahu kelihatan seolah-olah perigi mencari timba. Suraya redha dan pasrah dengan ketentuan Ilahi.

****maaf,typo terlalu banyak and penggunaan tatabahasa apa semua so sorry . belum lagi 'baiki' apa yang belum di baiki. wakakakakakakka


kembali selepas hampir setahun 'pencen'..

Assalamualaikum ..

nie entry pertama cheq after cheq berehat selama hampir setahun dalam dunia blogging.. cheq buzy nokss kekonon fokus pada study..tapi hasilnya kelaut jugak.. sekarang dalam proses buang sawang2 dalam blog and nak hiaskan kembali blog..dah lama xblogging nie rasa kekok pulloksz..dah xtahu nak tekan itu ini itu ini kat bahagian mana.. terpaksa belajar kembali search google bagai blabablaaa..after berehat hampir setahun nie, tetiba plak rasa nak aktif balik dengan dunia blogger.ingatkan nak pencen dah sebab blog pon dah lama d private kan.kekonon privacy sangatkan.sekarang fokus duk delete entry2 lama yang tah pape.jenuh jari cheq tekan satu2 nak remove.sakit jari markonah noksszzzzz...

kepada kawan2 cheq yang suka baca blog cheq tuu hahahah tunggu noh entry pertama cheq..sebenarnya tengah duk pikiaq lagi nak tulis pasal apa..tunggu je lah..babai uolss.

Sunday, February 2, 2014

Wahai ‘ADAM’ yang pernah bertakhta dihati....


Wahai ‘ADAM’ yang pernah bertahta dihati
Namun kini lenyap tidak berseri
Mungkin takdir untuk bersama tidak menyebelahi
Tapi aku pasti patah tumbuh hilang akan berganti

Kecewanya hati bila ditipu
Tapi aku tidak salahkan ‘kamu’ atau pun ‘kamu’
Kerana kini aku sedar kata2 manis manusia itu kadang kala adalah PALSU!!
Aku juga mengakui kelemahan diriku
Terlalu bagi muka & percayakan kamu!!

Terkilan & sedih menyelubungi diri
Saat kata PUTUS yang kau beri
KeSETIAan & keJUJURanku tidak bermakna lagi
Itulah hakikat manusia mudah berubah hati

Dulu kau yakin memilih aku
Janji kau tabur konon akulah yang terbaik buatmu
Tapi ternyata kata2 hanya manis dibibirmu
Sungguh kau berubah dalam sekelip waktu

Berbahagialah dikau dengan pilihan hati
Tapi jangan kau sangka aku bersendiri
Kerna ALLAH, adalah kekasih abadi
Aku yakin mengapa ALLAH menguji
Kerna hati yang alpa dengan cinta duniawi

Wahai ‘ADAM’
Janganlah kamu tertewas!!
Biar jauh beribu batu supaya tebatas segala laku
Bukankah itu yang kita saling ingatkan dulu??
Aku harap kau tidak lupa yang itu

Wahai 'ADAM'
Janganlah kamu tertewas!!
Ingatlah, nikmat yang halal itu indah
Bukankah dulu pernah kita luah??
Aku harap kau hormati kaum yang lemah

Wahai ‘ADAM’
Jangan kau terus permainkan HATI
Kelak kau diuji menyesal sampai ke mati
Mungkin dulu & kini bukan aku yang layak menasihati
Cuma berharap kau tersedar satu hari nanti

Wahai ‘ADAM’
Berbahagialah dengan pilihanmu
Walau hatiku berkecai retak beribu
Tidak terdetik dendam dikalbu
Kerna ALLAH lebih tahu apa & siapa yang terbaik buatku

Ingatlah!!
“Sedang aku diuji dengan KEDUKAAN & AIR MATA
Kamu juga sedang diuji dengan KEBAHAGIAAN & GELAK TAWA”

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH diatas kurniaan tangisan penuh bermakna ini..
Biarlah hatiku terus meraih, merintih & mendamba CINTA ILAHI..
Dan semoga aku dipertemukan dengan lelaki acuan AL-QURAN yang sejati.

Jangan mainkan hati seseorang perempuan

Kejap suka, kejap tak.
Ingat hati manusia ni boleh tarik-tarik macam yoyo ke?

Jangan buat orang menanti.
Jangan buat orang jatuh cinta.
Jangan cuba-cuba nak uji sampai dia terbukti benar-benar suka kita.
Jangan sampai libatkan kedua-dua keluarga.

Buat orang jatuh cinta dengan harapan palsu adalah berdosa.
Bila orang terluka, kitalah yang menzalimi orang.
Doa orang yang dizalimi akan dimakbul Tuhan.

Jangan sampai Allah pula uji kita dengan seberat-berat ujian.
Jangan sampai Allah makbulkan doa orang yang dizalimi kita.
Jangan sampai Allah buat kita pula yang ternanti-nanti seseorang yang kita nak.

Beringat lah sebelum permainkan hati orang lain.

Wednesday, January 29, 2014

Allah Tak Pernah Merampas Sesiapa Yang Kita Sayang Tetapi Allah Gantikan Dengan Yang Lebih Baik

Yaa Robb,Bila dia memang jodohku, segera berikanlah aku jalan agar aku tahu bila dia benar-benar pemilik tulang rusuk yang kau pilihkan untukku. Namun Yaa Robb jika dia bukanlah jodoh yang kau pilihkan, segera berikan aku jalan agar aku tak berlarut-larut dalam penantian ..Aamiin

Sujudku pada seperempat malam, membuatku lebih tenang. Memang hanya Dia tempatku mengadu, kerana hanya Dia lah Yang Selalu ada untukku.Ketika aku gundah, ketika aku putus harapan dan ketika aku mula berhenti berharap,Dia selalu menemaniku dalam apa jua keadaanku.

Dahulu aku seperti yang lain, begitu hebat sekali untuk mencari cinta yang sering di khabarkan. Aku juga hanyut di bawa mimpi dengan keindahan cinta tersebut. Aku pernah berasa amat gembira kerana dia aku rasa dia tercipta khas untukku. 

Pernah aku putus harapan dan tidak menerima siapa sahaja yang datang dalam hidup ini. Ramai yang cuba mengisi kekosongan hati, tetapi hati ini tetap berdegil tak mahu berganjak dari pendiriannya. Hati selalu berkata " aku telah menjaga batas bergaulanku, aku menjaga segalanya , kenapa dia bukan jodohku ? 

Sehinggakan air mata ini mengalir demi menanti sebuah jawapannya yang aku sendiri tak tahu bila ianya terlerai. 

Tetapi kini barulah aku mengerti dan fahami bahawa apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Kini akui bahawa apa yang terjadi itu adalah terbaik untuk diriku. Allah tak pernah rampas sesiapa dalam hidupku, ia pertemukan aku dan dia untuk aku mengenali apa itu kehidupan dan soal cinta. Bagaimana untuk aku bangkit jika aku terjebak pada cinta yang salah ? 

Itulah cara Allah mentarbiyah diri ini yang banyak kekurangan. Allah adalah sebaik perancangan dalam hidup kita. Ia tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah tak pernah merampas sesiapa yang kita sayang. Bila kita kehilangan sesorang tu, mungkin Allah mahu gantikan dengan yang lebih baik.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Surah Al Baqarah ayat 216 

Tuesday, January 14, 2014

Wahai Perempuanku.....

Wahai Perempuanku,

Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Perempuanku, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. 

Perempuanku,
  
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah Perempuanku janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya.


Wahai Perempuanku, 

Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. 

  

Perempuanku,Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka. 

Tetapi Perempuanku,Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya.Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu... 

dalam kehebatan ada kelemahan..
dalam kebaikan ada keburukan..
dalam kemujaraban ada kemudaratan..
dalam kejayaan ada kegagalan..

ada syurga dan ada neraka..

wanita paling mudah utk masuk syurga..
juga sangat mudah utk masuk neraka..

pilihlah mana yg egkau mahu..

syurga atau neraka?

Hanya sekadar meluahkan pendapat yang tidak seberapa dan hanya untuk iktibar semata-mata..bukan pujian di minta tapi harapan untuk memberi sedikit kesedaran kepada semua,saya sendiri pun manusia biase dan sama-samalah kita saling membantu sama sendiri ..adios :)

Monday, December 30, 2013


2013 melabuh tirai.2014 sudah melambai.terlalu banyak kenangan tahun ini untuk dihurai.ada kegagalan yang menghentam sampai ke lantai,dan ada kejayaan yang dicapai.

**you made me laugh.you made me cry.it's time to move on.goodbye 2013.


Thursday, December 26, 2013

madah-madah cinto

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Wednesday, December 25, 2013

bertahun-tahun dendam kerana dia pernah permainkan hati kita????????????????????

Selalu boleh di katakan,orang kalau sayang sanggup buat apa sahaja walaupun terpaksa buat dirinya terseksa. Tetapi bila dah tak suka dan sayang pelbagai alasan yang di berikan . Tak ada gunanya terus bertahan pada perasaan yang telah pergi. Jika saat ini dia telah menjadi milik orang lain maka lepaskanlah.

Jangan habiskan waktumu menunggu seseorang yang bahkan tak mahu peduli tentang apa yang kamu rasakan.

Mungkin kita akan rasa sakit dan kecewa, sehinggakan bertahun-tahun kita tak dapat memaafkan apa yang dia buat pada kita. Dendam terukir di hati yang paling dalam khas untuknya. Walaupun kadang kita telah temui orang yang baru tetapi untuk memaafkan dia tidak semudah yang di sangka. 
Dia pernah mainkan perasaan aku, sampai mati pun aku tak akan maafkan dia .
Ayat ini selalu di pertuturkan , begitu sukarnya memaafkan orang lain walaupun orang yang kita dendam itu orang yang pernah buat kita bahagia. 

Memaafkan adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah, sebagai imbalannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tak terhingga.

Kadang, sulit membiarkan cinta membimbing kita pada saat hati kita disakiti oleh orang lain.Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan dapat benar-benar bahagia sebelum mahu memberi maaf.

Orang yang mempesona adalah mereka yang selalu baik pada orang lain.Jangan pernah merasa dendam sekalipun kepada orang lain,bahkan kepada mereka yang pernah menyakiti kita.
Pepatah arab pernah mengatakan " Cintailah yang di bumi, niscaya yang di langit akan mencintaimu."
Maka ikhlaskan apa yang berlaku, segalanya perancangan Allah yang telah di susun rapi. Mungkin derita yang kita rasa itu hanya di permulaan, di akhirnya ? InshaAllah bahagia menyapa. Janji Allah itu pasti, seseorang yang selayaknya untuk kita.

Oleh itu janganlah kita menyimpan dan membalas dendam terhadap orang-orang yang telah menyakiti kita, sama ada secara fizikal atau perasaan. Maafkanlah mereka seperti yang Allah SWT berfirman dalam ayat 133-134, Surah Ali Imraan yang berikutnya:

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.



*stop crying..wipe your tears...stay firm..stand ahead..carve a smile...move on.



Thursday, December 12, 2013

lepas meeting konfem ada makanan lebih!!tapauuuuuuu~~~

dua minggu duk sini....
duk mana?hahaha..
jabatan kesihatan negeri perlis lol....
kat unit teknologi maklumat ada bilik mesyuarat..
setiap kali oghang nak guna bilik tu after that wajib ado makan2 sikit.yer lah utk tetamu kan haha.
so..makanan banyak xhabis..
ramai ah duk offer drpd duk baziaq xtentu pasal..
kita ape lg..bedal je lah mana ada mana termampuu lol...
boleh tambahkan berat bdan...tingkatkan kalori..besarkan paha dan tembamkan pipi kalo lima bulan lebih duk sini..ohsemmmm..
orang kampung dah xkenal dah hananiwirdah pipi tembam nnty hahaha..kesahhh...

minggu pertama ada jgk makang2..tp xsnap gmbor..oppsss shorrryyyy..
first..makan roti jala n karipap xsilap..ye dah kott..
esok plok bihun goreng..
yg xleh blaaa p bedal banyak2 air minuman yg boleh cucuk ngan straw tuu..entah lah org panggil air apa hahaha..
bedal banyak gila wat stok...
dah oghang bagi lampu hijau...haruslah cilokkkk....
thennn dah xingt dh makan genamo ghima lagi.. haha..makan je xsempat nk snap pic..

minggu keduaaa...makan nasi lemak...
bedal buah orange ikut ska haty mcm makbapak kita punyer jabatan..
then petang tu plok bedal roti jala bersantan durian plus lagi bersagu lepas pembentangan Sistem Pergerakan Fail student praktikal uitm Arau haha gittewww...
padahal xdak kena mengena pun ngan pembentangan tu..
tapi penyelia suruh masuk join sekaki...
lol...

 melampau tahap lembu cekau buah orange...

 nasi lemak...
lama lama naik lemak ..

roti jala..
agak pelik roti jala d sini..
podaaa makan je lah haha..

Wednesday, December 11, 2013

we are who we are..


We are who we are..tak perfect..tapi setiap hari mencuba untuk menjadi lebih baik..walaupun sekadar 1 percent..setialah dengan orang2 yang betul terima kita for who we are..not for What we are..kadang2..orang terlalu taksub melihat luaran seseorang dan melupakan hati seseorang itu..dan ada juga orang yang lebih mahu orang yang terbuka pakaiannya untuk menunjukkan keterbukaannya fikirannya..sedangkan yang memakai tertutup itu tidak semestinya tertutup juga fikirannya.apa yang kita ada hari ini..hargailah sementara masih ada..biarkan ia berjalan sendiri..ibarat putaran masa..kalau ada yg lebih baik..mengapa perlu memutarkan jarum ke arah yg bertentangan bukan?:)mata memang boleh mengenal pasti yg mana terlihat seperti permata..tapi cuma mata hati..yg boleh mengenal pasti yg mana sebenarnya permata dan yg mana kaca.

Cara ini bagi ibu-ibu yang disahkan boleh bersalin secara normal oleh doktor. Amalkan semasa mengandung anak pertama.

Cara ini bagi ibu-ibu yang disahkan boleh bersalin secara normal oleh doktor. Amalkan semasa mengandung anak pertama. 

1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan

2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.

3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan

4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri

5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.

6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.

7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu . Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.

8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi. Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.

9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.

10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor. Salah satunya seperti di bawah :

1. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
2. Angkat kepala, dagu cecah dada.
3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
4. Tangan pegang buku lali kaki
5. Masa teran jangan keluarkan suara.
6. Masa teran jangan angkat punggung.
7. Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) .

Semoga kelahiran berjalan dengan lancar, tahap kesakitan dalam kawalan dan tempoh kesakitan tidak terlalu panjang. Nor ada juga menulis pengalaman bersalin kali pertama dan kali ke dua.

AURAT KETIKA BERSALIN

Ringkasan dari "AURAT KETIKA BERSALIN" dari Semanis Kurma TV9 20 November 2013.

1. Suami WAJIB pelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan.
2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat.
3. WAJIB mendahulukan doktor perempuan.
4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang.
5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.

Lagi satu pesanan 'mereka' dalam Semanis Kurma TV9... dlm keadaan isteri dh SAKIT sangat, hilang punca, taleh berpikir maka :-

1. PERANAN SUAMI sgt3 penting dan mustahak... suami yg kena bt keputusan utk aurat dan maruah isteri... if suami sndr tak mampu nk bertegas utk bt pilihan... amat mgecewakan <---- mrujuk kepada dlm keadaan yg tidak darurat serta masih ada pilihan.
2. Suami WAJIB jaga & pelihara aurat isteri ketika dalam wad.. LR dll... jgn dh msk wad semua terbang... tudung x pakai, kain terselak sana-sini, bj blengan pendek shj, myusu ikut dan... sbb kena ingt kkdg da juga staff lelaki, pemberi mknn yg lelaki dll yg kuar msk wad..
3. WAJIB.... WAJIB.... WAJIB.... da MAHRAM temankan ketika dtgnya darurat yg mgizinkan aurat terbuka. Pertama SUAMI... kedua SAUDARA PEREMPUAN.. ketiga nurse perempuan dan sterus3nya. Mcna3 pun keutamaan adalah SUAMI.

Ini TITIPAN sayang buat semua WANITA dari pengalaman sendiri:

1. NIAT- Niat dari AWAL even sebelum disahkan hamil... ingin bersalin dengan disambut oleh doktor perempuan atau bidan wanita.
2. DOA - ISTIQOMAH dari remaja juga boleh.... Doa moga Allah pelihara aurat dan maruah kita sekalipun dalam keadaan darurat khususnya kita wanita ketika saat kelahiran bayi.
3. AMALAN - Selarikan dengan niat dan doa... pemeriksaan ibu mengandung, scan baby dsbnya WAJIB dilakukan dengan doktor perempuan dan bukan doktor lelaki. Malah jaga aurat dlam berpakaian juga selama mana bergelar muslim. Apa sekalipun berusaha dengan kudrat kita.. Allah akan hitung tindakan kita.
4. YAKIN - Insyaallah... bilaman kita telah KUAT berusaha seperti di atas PASTInya DIA bantu kita, pelihara aurat dan maruah kita maruah suami.

p/s : Moga Allah terus pelihara AURAT & MARUAH kita semua untuk proses kelahiran yang seterus-seterusnya. Untuk yang telah berlalu dlm keadaan tidak mampu BERTEGAS, TIDAK cukup bersedia dsbnya maka bartaubat dan muhasabah diri. Insyaallah DIA murah dengan keampunan.

Tuesday, December 10, 2013

hari ni 11.12.13..

11.12.13..
tarikh for today..
tarikh yang menarik..

bila ramai duk sebut tarikh hari nie 11.12.13..
tetiba teringat ngan tarikh 13.12.11..
dua tahun lepas punya cerita..
apa cerita biarlah rahsia..
malas nak ingat dah malas nak ungkit..

:::Jangan sebab ego,kau nak kena bermusuh dengan orang yang paling rapat dengan kau.
Ego boleh buang,persahabatan tidak sama sekali:::


Friday, November 22, 2013

pasrah

Pesananmu telah kubaca
Kau mohon kemaafan
Atas segalanya
Antara kita

Aku maklumi
Aku mengerti
Aku juga begitu
Sudah lama hati memaafkan
Namun tak daya aku menulis
Membalas pesananmu


Semoga kau mengerti
Kita tak akan kembali berteman
Seperti dahulu
Bukan kerana dendam
Bukan kerana benci
Itu mahuku
Biarkan aku 
Tak perlu lagi menyapa
Simpan sahaja senyummu untuk yang lain
Aku pasrah begini
Kerana begini lebih baik untuk kita...

Kudoakan semoga dirimu dirahmati-Nya selalu
Terima kasih atas persahabatan
Suatu waktu dahulu....



Wednesday, November 20, 2013

result result result !!!!!!~~

sem3 sudaaahhhhhhhhhhhhhh..
tak ku sangka tak ku duga ..
Alhamdulillah ..

result sem3 dah keluaq hari nieee..
nervous giler nak bukak..
kot2 kena repeat ker hape kerr..
ohh my gosh ..
Alhamdulillah..takder yg repeat..
syukur sangat..
syukur syukur syukur ..

pointer menurun setiap sem..
ape nak jadi laaa..
sem1 jer tinggi melambung..
melambung kerrrrr hahahahhahaa ..

nok wat acano..
usaha kureng..
pointer pun kureng laaaa ..

LI  menanti!!
buat terbaik for LI ..
then sem5 n sem6 menanti yg lebih mencabaq!!!!!!
wait n see..~~~~


Sesiapa yang C tidak bermakna dia bodoh. Sesiapa yang A tidak bermakna dia pandai.