Saturday, August 13, 2011

andainya LELAKI tahu..~~**

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.  
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.  
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah,
itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.  
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.  
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.  
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.  
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda...
dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.  
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.  
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.  
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.  
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan,
bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.  
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.  
Selagi dia dengan kamu,
percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.  
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.  
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.  
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.  
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda...
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.  
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.  
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.  
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.  
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda....

Friday, August 12, 2011

sesuatu yang berbeza..~~**

Ada sesuatu yang berbeza
Saat ku lihat senyum manismu
Ada sesuatu yang tak bisaku ungkapkan
Saat ku bertemu dengan dirimu
Satu keinginan  terpendam di hatiku
Bermain di dalam rahsia cintaku
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doaku untuk cinta ini
Mungkin ini semua hanyalah perasaan
Yang singgah dan pergi meninggalkanku
Satu keinginan terpendam di hatiku
Bermain di dalam rahasia cintaku
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doaku untuk cinta ini
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doaku untuk cinta ini
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doaku untuk cinta ini

Thursday, August 11, 2011

block!!!!~~*

yes!!aku memang kaki BLOCK!!

puas ati??

tak puas ati kan..

itu adalah AKU!!

skali aku benci..

memang aku akan benci selama-lamanya..

xperlu fikir lama-lama..

block jew terusss..

menyemak jewww..

bukan nak tunjuk ego..

tapi itu adalah sifatku..

lam pesbukk..

aku da block lebih 30 friends..

so what?????

nak marah??

benci pada hanani wirdah???

i don't care laaa...

akaun aku...

suker aty mak bapak akuu laaaa...

sekian..~~**

Tuesday, August 9, 2011

raya da dekattttttttttt..~~**


raya da dekat???

tapi baju raya belum ambil lagi kat kedai..

tahun nie aku raya ala kadar jew..

xmau lebih2..

tapi dalam ala kadar tuu..

jangan hang terkejut plak..

baju raya aku tahun nie 4 pasang..

jangan jelezz..

4 pasang pun..tapi yang pakai pun 1 pasang jew..

bagi aku..rayaku hanyalah pada hari raya pertama..

pagi sampai tengahari..

pastu balik umah terus tidur..

tak pun melantak depan tv..

aku nie jenis minah lilin cikit..

xminat mana p raya umh orang..

entah laa..

aser cam terkongkong bila berada kat umh orang..

lau kena paksa ngn my parents baru aku betul2 p..

hahaha...nampak sangat xikhlass..

so what???

ada aku kesah>>>??? 

smk dato' biji wangsa~~**

pagi tadi ada p skull dbw with tett n tett..
wat pew??
mengorat???
haha..no no no..
secret garden punyer hal..
bertolak kul 8.30 a.m dengan  KENARI tett..
sebelum sampai kat skul tuu..
memang kami makan 'buah langsat' terlebih dahulu..
SESAT la lol..
da la puasa..lau x memang lama dah p makan kat warung..
tapi syok gak laaa..
boleh tengok  KERETAPI..
haha..baso darat sungguh..
sampai jew sana..terus lakukan misi negara d dalam bilik kokurikulum 'beralaskan' aircond..
pi mai pi mai tang tu gakk..buat skul cam skolah sdiri la plak..
so what??orang da bagi green light kan...
kak sara memang sporting moting abiz laa...da la cantik..even da berumuq 52 tahun..dia tetap cun melecun..
akhirnya misi da selesai..
kul2 baru bertolak pulang ke KEDAI LALAT..
sebelum pulang tu kaksara ada bagi somthing..
pe dier?
beg tangan GUCCI??
hahahahaha..
papo jewlahh..
p/s-membantu atas dasar KEIKHLASAN..bukan atas dasar MATA DUITAN..~~**

Monday, August 1, 2011

bersoPim beDerak

31 julai 2011..

tarikh sehari sebelum puasa..

so pew lagi..

ambil la kesempatan tuk shoping..

xder la shopping sakan maner pun..

duie xder..kena rompak..

s0 beli ala2 kadar jew..hahaha

sekadar yang mampu..

gambar kat bawah nie bukannya gambar ngah bergedik duk pegang 'supik glenya'..


tapi.............


tengok jewlahhhhhhhhhhhh...











dating with friends..~~*

30 julai 2011..

tarikh yang comel..haha...comel la sangat.

first date kami(cam kapel la plak) at tettt..

thxz kepada yang belanja..

i like..

makan free kan..

p/s-thx audi jerry..koya la tuu..