Sunday, August 4, 2013

RAHSIA ISTERI YANG SETIAP SUAMI PERLU TAHU ::

" Cintai isterimu …apabila dia merasa kopi atau tea anda. Dia hanya utk memastikan rasanya sedap untukmu "

" Cintai isterimu…apabila dia 'memaksa' anda utk bersolat. Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu "

" Cintai isterimu…apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu "

" Cintai isterimu…apabila dia masak tidak sesedap ibumu. Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu "

" Cintai isterimu...apabila dia merasa cemburu. Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana "





Petua Untuk Isteri Mengekalkan Sifat Romantis 

1. Isteri hendaklah bijak menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana romantik. Apabila ini dapat dilakukan, suami akan sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik yang ada dapat disuburkan.

2. Isteri hendaklah menjaga penampilan di hadapan suami dengan memakai pakaian yang menarik dan bau-bauan menyenangkan suami.

3. Jangan berasa malu untuk menggunakan ungkapan cinta ketika berdua-duaan, seperti lazim diucapkan pasangan bercinta.

4. Di celah kesibukan dengan kerjaya dan menguruskan rumah tangga, suami dan isteri hendaklah bijak mencari masa untuk berdua-duaan tanpa gangguan anak atau cucu.

kad raya buatan sdn bhd khas buat my geng FaNiLaSha




tunggu nak print n pos !!!!!!!!!

selamat hari raya frens !!

enjoy!!!!

Friday, July 19, 2013

puisi Dayana.



"Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand "

Sungguh ! Beratnya memegang kasih dan cinta pada seorg suami ! Berdoa agar jodoh dia mmg milik aku seorang smpai mati dan sungguh ..andai jodoh dia tetap ada bersama org lain , aku akan terima dgn terbuka dan terus kuat mcm yg mami lakukan !!


Percaya pada jodoh ! Percaya pada ketentuan ! Menangis air mata darah pon kalau takdir dah begitu..kita ada dua pilihan, terima atau menarik diri !!!

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu

Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg diseng
ajakan..

Thursday, July 4, 2013

sayu hati..sayu sekali.

baca conversation antara ayah n kakak kat fb.so sad.menceritakan liku-liku kehidupan di kawasan pdalaman orang asli suku kaum ape entah di Kapit Sarawak.airmata menitis dan menitis.its so hard bagi seorang perempuan.memerlukan ketabahan dan semangat juang yg tinggi.insyaAllah my sis kuat walaupun manja!aja-aja fighthing bebeh!!selamat menjadi warga pendidik kakak!!!!!

Wednesday, June 5, 2013

kakak saya sudah konvo..Ijazah Sarjana Muda Perguruan(Sains)


bertarikh 28 mei .. 
bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya .

sebenarnya xnak p pun..tapi ayah paksa sebab xdaq oghang kat ghumah so terpaksalah..bukang xnak p..tapi dah janji ngan kawan nak p sana p sini siti situ sana siti tp nak buat macam mano.akur ajo la.
ghupe ghupe nyer ayah beria sangat suruh p sebab suruh ambe jadi wakil masuk dalam dewan nanty..ayah xnok masuk.alasannya dia dah 2 kali konvo cuma gambar jer xder..pastu dia cakap duk dlm dewan lama..nanty terkentUt xpasai pasai kena saman,lagi dia cakap oghang tua mesty nak ulang alik kuar p toilet.huhhh.my mom pn sama kasi alasan yg seghupa.hahhaha..mereka duk kat luar dewan depan skrin besar lagi gituu hoooohh hhhahahah lagi kelakar.so saya selaku adik yg baik lagi gojes terpaksalah masuk dalam dewan tu ngan my lil sister..nasib ada wifi boleh twittor spukoi dua.4jam lebih dalam tu paneih bontot deng sabor je laaa.sepatutnya tak dibenarkan penggunaan phone n snap pic dalam dewan.ape gue kesah!!

"semua ibu bapa di jemput duduk"..
terasa diri deng tua,ada ke patot semua ibu bapa.deng bukan ibu bapa la.muda lagi.kena paham kat situ yaaaa..



4 lelaki nie kelak0r gilerrr,,dia sebenarnya konvo esok.saje datang wat menyemak katanya.








bajet sweet laaa terr??

xcukup sorang ahli kuarga..adik laki xmau datang.sanggup duk ghumah sepupu kat Kajang semata-mata nak tengok bola ape entah petang tuuuu...













dolphinku nama Lola..Lola sayanggggggggggggggggggg.


dolphin pink kalerrr ..
besar..comel...cute...
sayang gilerrr ..
present from my mom..
tq sebab belikan .

entah xtahu tetiba sayang gilerrrr kat  dolphin nieeeeee ..
sebab dah lama da mengidam nak beli dolphin nie ..
dalam duk mengidam tu xdaq la sampai nak beli besar yg gedabak cam kepala keretapi nie ..
hkhokhikkhok..tp bila org da kasi ape lagi excited gilerrrrrr..
sayang .. cam xsanggup nak bukak plastik bimbang nanty kotor plak my dolphin ...

cadang nak letak nama ..
pening pikir xtahu nak letak nama gapo ..
ramai yg suggest ..
tompokan berahi..zorro...haudi gaudi..jantung hati..dolly..pinky betty..dolpink..bunny..hunny..lola..
hahahahhahaha .. kelakar gilerrrrrr ..
banyak2 nama .. last2 pilih nama Lola ..
kenapa plih lola??
sebab nama lola tu di beri oleh my Px..
bla dia cadangkan nama tu terus letak nama lola ..
hohohohooooooooooooo..
Lolaaaaaaaaaaaaaaaa...

**bila tengok lola..ingat Px..

bakal suamiku pliss..

CIRI-CIRI SUAMI YANG SWEET DAN ROMANTIK

1. Call isteri time waktu keje sebab nak cakap rindu.

2. Peluk isteri secara tiba-tiba.

3. Puji isteri cantik.

4. Bergurau senda dengan isteri time baru balik keje.

5. Kemas rumah atau masak bersama isteri kat dapur.

6. Urut bahu atau picit kepala isteri dengan sukarela time tengah santai-santai duduk kat sofa sambil tengok TV

7. Tolak stroller baby atau dukung anak time shopping bersama isteri.

8. Berada disisi isteri time isteri melahirkan anak.

9. Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri.

10. Belanja isteri pergi shopping sakan dengan ikhlas dan gembira.

11. Bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan pada hari
anniversary ataupun birthday.

12. Dengar luahan isteri time isteri tengah sedih akibat PMS sambil bagi kata-kata semangat.

13. Rajin solat berjemaah bersama isteri dan cenderung mengajak isteri lebih dekat dengan Allah.

14. Buat candle light dinner secara mengejut