Sunday, February 2, 2014

Wahai ‘ADAM’ yang pernah bertakhta dihati....


Wahai ‘ADAM’ yang pernah bertahta dihati
Namun kini lenyap tidak berseri
Mungkin takdir untuk bersama tidak menyebelahi
Tapi aku pasti patah tumbuh hilang akan berganti

Kecewanya hati bila ditipu
Tapi aku tidak salahkan ‘kamu’ atau pun ‘kamu’
Kerana kini aku sedar kata2 manis manusia itu kadang kala adalah PALSU!!
Aku juga mengakui kelemahan diriku
Terlalu bagi muka & percayakan kamu!!

Terkilan & sedih menyelubungi diri
Saat kata PUTUS yang kau beri
KeSETIAan & keJUJURanku tidak bermakna lagi
Itulah hakikat manusia mudah berubah hati

Dulu kau yakin memilih aku
Janji kau tabur konon akulah yang terbaik buatmu
Tapi ternyata kata2 hanya manis dibibirmu
Sungguh kau berubah dalam sekelip waktu

Berbahagialah dikau dengan pilihan hati
Tapi jangan kau sangka aku bersendiri
Kerna ALLAH, adalah kekasih abadi
Aku yakin mengapa ALLAH menguji
Kerna hati yang alpa dengan cinta duniawi

Wahai ‘ADAM’
Janganlah kamu tertewas!!
Biar jauh beribu batu supaya tebatas segala laku
Bukankah itu yang kita saling ingatkan dulu??
Aku harap kau tidak lupa yang itu

Wahai 'ADAM'
Janganlah kamu tertewas!!
Ingatlah, nikmat yang halal itu indah
Bukankah dulu pernah kita luah??
Aku harap kau hormati kaum yang lemah

Wahai ‘ADAM’
Jangan kau terus permainkan HATI
Kelak kau diuji menyesal sampai ke mati
Mungkin dulu & kini bukan aku yang layak menasihati
Cuma berharap kau tersedar satu hari nanti

Wahai ‘ADAM’
Berbahagialah dengan pilihanmu
Walau hatiku berkecai retak beribu
Tidak terdetik dendam dikalbu
Kerna ALLAH lebih tahu apa & siapa yang terbaik buatku

Ingatlah!!
“Sedang aku diuji dengan KEDUKAAN & AIR MATA
Kamu juga sedang diuji dengan KEBAHAGIAAN & GELAK TAWA”

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH diatas kurniaan tangisan penuh bermakna ini..
Biarlah hatiku terus meraih, merintih & mendamba CINTA ILAHI..
Dan semoga aku dipertemukan dengan lelaki acuan AL-QURAN yang sejati.

Jangan mainkan hati seseorang perempuan

Kejap suka, kejap tak.
Ingat hati manusia ni boleh tarik-tarik macam yoyo ke?

Jangan buat orang menanti.
Jangan buat orang jatuh cinta.
Jangan cuba-cuba nak uji sampai dia terbukti benar-benar suka kita.
Jangan sampai libatkan kedua-dua keluarga.

Buat orang jatuh cinta dengan harapan palsu adalah berdosa.
Bila orang terluka, kitalah yang menzalimi orang.
Doa orang yang dizalimi akan dimakbul Tuhan.

Jangan sampai Allah pula uji kita dengan seberat-berat ujian.
Jangan sampai Allah makbulkan doa orang yang dizalimi kita.
Jangan sampai Allah buat kita pula yang ternanti-nanti seseorang yang kita nak.

Beringat lah sebelum permainkan hati orang lain.