Wednesday, January 29, 2014

Allah Tak Pernah Merampas Sesiapa Yang Kita Sayang Tetapi Allah Gantikan Dengan Yang Lebih Baik

Yaa Robb,Bila dia memang jodohku, segera berikanlah aku jalan agar aku tahu bila dia benar-benar pemilik tulang rusuk yang kau pilihkan untukku. Namun Yaa Robb jika dia bukanlah jodoh yang kau pilihkan, segera berikan aku jalan agar aku tak berlarut-larut dalam penantian ..Aamiin

Sujudku pada seperempat malam, membuatku lebih tenang. Memang hanya Dia tempatku mengadu, kerana hanya Dia lah Yang Selalu ada untukku.Ketika aku gundah, ketika aku putus harapan dan ketika aku mula berhenti berharap,Dia selalu menemaniku dalam apa jua keadaanku.

Dahulu aku seperti yang lain, begitu hebat sekali untuk mencari cinta yang sering di khabarkan. Aku juga hanyut di bawa mimpi dengan keindahan cinta tersebut. Aku pernah berasa amat gembira kerana dia aku rasa dia tercipta khas untukku. 

Pernah aku putus harapan dan tidak menerima siapa sahaja yang datang dalam hidup ini. Ramai yang cuba mengisi kekosongan hati, tetapi hati ini tetap berdegil tak mahu berganjak dari pendiriannya. Hati selalu berkata " aku telah menjaga batas bergaulanku, aku menjaga segalanya , kenapa dia bukan jodohku ? 

Sehinggakan air mata ini mengalir demi menanti sebuah jawapannya yang aku sendiri tak tahu bila ianya terlerai. 

Tetapi kini barulah aku mengerti dan fahami bahawa apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Kini akui bahawa apa yang terjadi itu adalah terbaik untuk diriku. Allah tak pernah rampas sesiapa dalam hidupku, ia pertemukan aku dan dia untuk aku mengenali apa itu kehidupan dan soal cinta. Bagaimana untuk aku bangkit jika aku terjebak pada cinta yang salah ? 

Itulah cara Allah mentarbiyah diri ini yang banyak kekurangan. Allah adalah sebaik perancangan dalam hidup kita. Ia tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah tak pernah merampas sesiapa yang kita sayang. Bila kita kehilangan sesorang tu, mungkin Allah mahu gantikan dengan yang lebih baik.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Surah Al Baqarah ayat 216 

Tuesday, January 14, 2014

Wahai Perempuanku.....

Wahai Perempuanku,

Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Perempuanku, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. 

Perempuanku,
  
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah Perempuanku janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya.


Wahai Perempuanku, 

Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. 

  

Perempuanku,Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka. 

Tetapi Perempuanku,Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya.Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu... 

dalam kehebatan ada kelemahan..
dalam kebaikan ada keburukan..
dalam kemujaraban ada kemudaratan..
dalam kejayaan ada kegagalan..

ada syurga dan ada neraka..

wanita paling mudah utk masuk syurga..
juga sangat mudah utk masuk neraka..

pilihlah mana yg egkau mahu..

syurga atau neraka?

Hanya sekadar meluahkan pendapat yang tidak seberapa dan hanya untuk iktibar semata-mata..bukan pujian di minta tapi harapan untuk memberi sedikit kesedaran kepada semua,saya sendiri pun manusia biase dan sama-samalah kita saling membantu sama sendiri ..adios :)