Monday, April 23, 2012

10 fakta tentang kelahiran yg kite patut tahu...



10 fakta tentang kelahiran yg kite patut tahu... 


1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.


2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Saturday, April 21, 2012

Isu Cinta - Ketahui 10 Petanda Bahawa Wanita Itu Suka Pada Anda


Wanita sukar difahami. Itulah yang sering kita dengar dan baca. Sikapnya yang ego, malu-malu, malu tapi mahu membuatkan kita kurang yakin apakah dia benar-benar mahukan kita atau hanya sekadar bergurau sahaja. Hendak ditanya, pasti dia tidak akan mengaku begitu sahaja.
Namun, karekter wanita terhadap insan yang dia suka akan tampak berbeza. Cara layanan dia terhadap ibu bapa, kawan-kawan dan insan istimewa adalah berbeza sekali. Ingin tahu bagaimana cara dia melayan orang yang dia suka? Jom teruskan membaca artikel ini
  • Apabila anda berada dekat dengan dia, dia selalu bermain dengan rambutnya atau jika dia bertudung, dia akan betul – betulkan tudungnya
  • Dia sentiasa memandang anda dan anda juga selalu bertentang mata dengan dia secara sengaja atau tidak sengaja. Kadangkala wanita memang suka melihat lelaki yang selalu melihatnya. Jadi, anda ambil masa beberapa hari untuk tidak melihatnya. Di samping itu, anda intai sama ada dia memandang anda atau tidak. Jika ya, dia pasti minat pada anda
  • Apabila anda bertentang mata dengan dia, dia tiba – tiba memandang tempat lain tetapi riak mukanya seperti gementar atau malu – malu. Dia gementar kerana dia suka pada anda
  • Dia selalu ketawa apabila anda menceritakan perkara lawak
  • Dia selalu mengetapkan bibirnya ketika bersembang dengan anda
  • Apabila ada orang cuba menjodohkan anda berdua, dia akan menentang habis–habisan. Dia sebenarnya suka pada anda tetapi dia malu. Jika dia tidak suka, dia akan relaks sahaja kerana dia tahu lambat laun, gosip tersebut akan hilang
  • Dia cuba menunjukkan pada anda bahawa dia sangat bertanggungjawab dan boleh diharapkan
  • Dia tanya pada anda sama ada anda sudah ada teman atau tidak
  • Dia mula membawa anda dalam dunianya seperti mengenalkan anda pada kawan–kawannya dan dia mula mengajak anda keluar
  • Dia sentiasa mendengar nasihat yang anda beri dan tidak malu untuk mengadu pada anda
Tidak perlu berasa ragu-ragu. Sekiranya ada wanita yang menunjukkan sikap begini terhadap anda, dia sebenarnya meminati anda. Seberapa ramai? Anda sahaja yang tahu.

Monday, April 16, 2012

majlis perkahwinan Nurul & Faizul .. by hani wirdah .


Menjemput Tuan, Puan, Saudara, Saudari ke Majlis Kami supaya dapat memberkati dan memeriahkan lagi majlis kami.

Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini,
Nurul Fatimah dan Mohd Faizor.
Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.

Semerbak bunga seroja,
Dibelai dara pingitan,
Lauk pauk penuh semeja,
Jemput tetamu menikmati hidangan.

Ikan todak si ikan pari,

Ikan linang di dalam peti,
Adapun adat bersuami isteri,
Senang dan susah sampai ke mati.

Doa berkat penutupnya Amin,

Jari lentik memukul gendang,
Mempelai berangkat di atas pelamin,
Mohon doa tetamu yang diundang.

Bunga Melati dihujung dahan,

Disunting dara dengan cermat,
suami isteri berkasih-kasihan,
Seperti Nabi kasihkan umat.


**Sabda Nabi Muhammad S.A.W**

"Apabila berkahwin seseorang itu, maka sempurnalah separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah S.W.T untuk selebihnya."

Saturday, April 7, 2012

sahabat ..


Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenaglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat



Tuesday, April 3, 2012

don't leave me .

Kadangkala aku rasa ingin luahkan segalanya
Rahsia yang tersimpa di dada sekian lama
Namun kelu terus membisu menatap wajahmu
Daku malu tapi tak mahu kehilanganmu
Ucapkanlah cinta
Ucapkan ku saja yang kau perlu setiap waktu
Sepanjang hayatmu
Ucapkan kau rindu
Daku yang kau mahu
Yang kau cari telah kau temui
Ku tidak tertahan lagi untuk ku mengaku cintamu
Dan kadangkala kita hanya sedar keindahannya
Apabila ia sudah tiada di depan mata
Tidak rela kulepaskan satu-satunya insan
Yang berikan ku segala makna kehidupan
Andai daku kau terima lebih dari kawan biasa
Daku kan setia tak kubenarkan kau berairmata
Andai kau terima cintaku
Daku kan belaikan tanganmu
Di penghujung waktu kau dan aku di dunia


Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku
Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
*
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Monday, April 2, 2012

Cinta itu bagi aku seperti..



Dengan mencintaimu aku sedar bahawa cinta itu mengubah pahit menjadi manis..debu menjadi emas,penyakit menjadi sembuh, derita itu nikmat..dan segala yang buruk itu baik..

Kekadang aku menidakkan kebenaran..aku mempercayai segala kebohongan.kerana sungguh cinta itu buat aku alpa dan buta..

Dengan mencintaimu juga aku sedar bahawa cinta itu membuat aku yang sihat jadi sakit..gemuk menjadi kurus..normal menjadi gila..
nescaya ketika aku sedang enak dilamun cinta..buanglah aku kelaut.di padang pasir mahupun hutan rimba...pasti aku akan belajar untuk hidup dan takkan mati kelemasan...
dikala aku sedang berduka kerana cinta..lemparkanlah aku ke gudang roti..nescaya pasti aku akan mati kelaparan..

Dengan mencintaimu bukan bermakna aku tidak mencintai tuhan..namun kelemahan aku adalah kerana aku manusia.segagah gagah manusia die lunak dengan cinta..besi mampu lebur..jahat menjadi baik..malah raja menjadi budak..

aku tahu..dan ramai yang memberitahu..
cintailah seseorang kerana tuhan..
cintailah tuhan kerana sesungguhnya cinta pada tuhan hakiki..
cinta pada manusia itu sakit, pedih dan melalaikan..
tapi sang pemberitahu juga tidak mampu menahan dirinya daripada mencintai..
aku juga tidak mampu menahan dari mencintai walaupun diri sendiri selalu diingatkan untuk tidak mencintai seseorang itu dengan sesungguh hati..
manusia itu rapuh..
aku itu lemah..
cinta itu parah..

cinta itu kekadang membuat aku hilang pertimbangan..kekadang aku sanggup untuk kehilangan apapun kerana cinta asalkan aku tidak kehilangan orang yang aku cinta..
cinta itu kekadang membuat aku seperti sang tiada akal..cinta itu membuat aku sanggup bekorban apa saja walhal selama ini untuk diri sendiri pon tidak sanggup bekorban apatah lagi untuk orang lain..

cinta itu menjadikan aku seperti sebuah kereta kebal..mengubah aku menjadi kayu dan patung..
kerana setiapkali dia menyakiti hati aku..aku sentiasa mengulang2 bahawa..aku bukan tunggul kayu..aku bukan patung yang kau boleh perlakukan sesuaka hati..
anehnya..aku sendiri yang berkata akan kayu-kayu dan patung-patung itu..aku sendiri yang bertahan dan membiarkan diri sendiri menjadi seperti patung dan kayu..
nah bukankah aku berkata tadi aku persis sebuah kereta kebal yang sangat tahan pada asakan?

cinta itu adalah seperti aku mahu mengusir kau jauh2..aku mahu tinggalkan kau berbatu batu..aku membenci kau sehinggakan seperti sanggup meludah diatas muka kau..dan disaat kau pergi dan tidak kembali-kembali..aku seperti mahu mati..

dan pada akhirnya..aku sedar bahawa jika saja kehadiran cinta sekadar untuk mengecewakan aku..lebih baik cinta itu tidak pernah hadir..

p/s: entry dikala hati berasa sangat sakit..maka secara automatik diri menjadi seperti ahli falsampah hehehe..

Sunday, April 1, 2012

insyaAllah..ada jalannya .



dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
 
andai kita ditakdirkan tidak dilahirkan sebagai anak orang kaya..bermakna kita mungkin akan melalui jalan hidup yang serba kelam..bermakna kita mungkin tidak dapat menikmati masa kanak2 kita dengan gemilang..kita mungkin tidak dapat apa yang kita nak..hanya sekadar tahu melihat dan menyaksikan orang yang nasibnya lebih baik dari kite mendapat apa yang dia nak sedangkan kita tidak..
ingat..jangan kite terlalu mengeluh kerana insyallah..tidak dilahirkan sebagai anak orang kaya tidak bermakna kita tidak boleh menjadi kaya..

andai kite ditakdirkan dilahirkan sebagai orang yang tidak genius..kita mungkin selalu gagal dalam pelajaran..orang lain belajar, terus melekat dekat kepala otak sedangkan kite puas berusaha..puas belajar tapi kita tetap mendapat markah yang tercorot..orang lain usaha sekali ganda..kita berusaha berkali kali ganda..kite tidak dapat masuk university..spm kite teruk..degree kite third class..dengan result yang kite ade..kite asyik fail untuk dapat kerja..
ingat..jangan terlalu sesal dengan pencapaian kite..kerana insyallah..tidak genius bukan bermakna kite bodoh..tidak mendapat grad yang bagus tidak bermakna kite lebih worse daripada mereka mendapat gred yang bagus..

andai kite ditakdirkan untuk bermula dari kosong..sedangkan orang lain bermula jauh lebih atas dari kite..tidak mengapa..setiap yang diatas itu pasti bermula dari bawah juga..maybe kite terpaksa bertatih dalam perniagaan..bermula dari kosong..merangkap..dan untuk bangun kite mengambil masa bertahun tahun..sedangkan kawan kite mungkin selepas habis belajar terus ambil alih syarikat family..dan tak sampai setahun sudah membina empayar..sedangkan kite masih terkial kial..tidak mengapa..kerana insyallah..rezeki itu sudah tertulis untuk kite dan mereka..mungkin cara dan bagaimana kite berjaya itu lain dan sukar..tapi kita harus yakin..Allah itu adil..

andai kite ditakdirkan berkali kali berjumpa dengan orang yang salah sedangkan ada orang lain ..sekali je berjumpa dengan orang yang betul dan hidup bahagia..tapi kita..asyik berjumpa orang yang salah..asyik dikecewakan..asyik derita..umur kita mungkin makin meningkat..tapi kite still tidak bertemu dengan jodoh kite..kite sering berjumpa dengan orang yang tidak menghargai kite..kemudian kite ditinggalkan..dan sampai suatu saat..kite bersendirian sedangkan orang lain bergembira dan berbahagia..
ingat..jangan kite terlalu meratapi nasib kite..kerana insyallah..Allah mahu memberi kite yang lebih baik..kerana Allah mungkin tahu nasib kite akan lebih baik jika kite bersendirian..kerana Allah itu tahu apa yang terbaik untuk kite dimasa sekarang dan akan datang...

andai kite ditakdirkan dilahirkan sebagai orang yang tidak cantik,tidak kacak..muka kita berjerawat..kite gemuk..kite kurus kering..jangan kite berasa malu dengan kurniaan Allah pada kite..kerana insyallah..walaupun kite tidak secantik orang lain..tapi Allah kasih pada kite.hati kite tenang..kite tiada perasaan riak..kite terpelihara..ingat..kalau kite rasa kita tidak mempunyai rupa paras yang menawan..kite akan tetap kelihatan menawan dimata Allah dan dimata orang2 yang sayang kat kite..walaupun kite tidak cantik..tapi hati kite baik..biar orang cakap kat kite:walaupun dia taklah secantik mana..tapi dia sangat berbudi bahasa"..daripada orang cakap kat kite "muke je cantik..tapi busuk hati"....

insyaAllah..ada jalannya..

gudbye march .. say hye to april .....



salam april dan salam 1 malaysiaaaa ..
first ..
i want panjat syukur ke hadrat Ilahi coz i still bernyawa sampai hari ini ..
Alhamdulillah ...
even i nie jahat(jahat ker?xkan nak puji baek kott) .. coz manusia tak perfect ..
Allah masih beri peluang t0 me tuk meneruskan kehidupan ...

i lurve my family .. friends .. n allsssss ...
tanpa mereka ..
siapalah dakuuu until sekarang ....

to my besprensss ..
Nor Hafizah Ariffin n Faez Ismail ..
u olss only one tempat saya mengadu masalahhh ..
masalah yang kadang2 berat bagai tongdrammmm ..
benda kecikk tu idokk laaa  ..
well .. its me ..
kata2 semangat .. kata2 pujangga still in my mind n 'folder' ..
whateverr that will be happen one day..
i hope our relationshipp will not stopp di tengah persimpangan ..
try cari penyelesaian ... 

semoga April n bulan2 seterusnyaaa ..
saya dapat melaluinya dengan penuhhhh ketabahannn ......
thanksss 4 da everythinggggggggg ...... 


*2012 .. segalanya akan berakhir ...
what ?? nantikan .