Suraya, seorang pelajar lepasan STPM yang berumur 19
tahun. Selepas STPM, dia hanya duduk di rumah sahaja atau dengan kata lain
menganggur. Setiap hari dia hanya habiskan masanya dengan menonton televisyen,
melayari internet, mengemas rumah, memasak, dan mendengar radio sahaja. Dia jarang keluar
rumah untuk melepak dengan kawan-kawannya. Dia ada seorang kawan baik yang
bernama Farah. Jarak rumah mereka berdua tidaklah berapa jauh. Lebih kurang 1km
sahaja. Kebiasaannya, Farah akan datang ke rumah Suraya pada setiap pagi Jumaat
untuk bersama-sama pergi ke pasar pagi berdekatan dengan rumah Suraya.
Suraya tiada buah hati. Dia tidak pernah bercinta. Semasa zaman sekolah
pun dia tidak pernah bercinta dengan sesiapa, malah mencuba untuk
berjinak-jinak dalam percintaan pun dia tidak berminat. Dia jenis berpegang
pada prinsip. Selagi belum tamat alam persekolahan, dia tidak akan bercinta
dengan mana-mana lelaki. Itu prinsipnya. Farah pula jenis suka bercinta. Dari
sekolah menengah sampailah sekarang asyik bercinta sahaja. Bercinta putus
bercinta putus bercinta putus sampailah sekarang. Farah selalu cuba untuk
memperkenalkan kawan-kawan lelakinya kepada Suraya. Tapi Suraya tidak berminat
dengan itu semua. Dia ada sebab-sebab tersendiri kenapa dia tidak berminat.
Bagi Suraya, dia mengganggap sikap kawannya itu seolah-olah memerli dia yang
dia seorang anak dara yang tidak laku tiada siapa yang mahu mendekatinya tetapi
sebaliknya. Suraya mendiamkan diri. Dia tidak cepat melatah. Dia biarkan
sahaja.
Farah jenis ramai kawan lelaki. Kebanyakan kawan lelaki Farah dia
berkenalan di laman-laman social seperti Facebook, Twitter, Tagged, Wechat dan
sebagainya. Biasalah, bila dah berkenalan di dalam laman social, si lelaki akan
cuba minta nobor telefon dengan Farah. Farah jenis suka berkawan. Apabila
kawan-kawan alam mayanya minta nombor telefonnya, dia tidak segan untuk terus
memberi walaupun Farah sebenarnya sudah memiliki teman lelaki istimewa.
Pada suatu hari, ada seorang lelaki teman ‘add’ akaun Suraya. Suraya
‘approve’. Lelaki itu ‘private message’ Suraya dengan mengatakan bahawa dia
mahu berkenalan dengan Suraya. Suraya membalas ‘chat’ si lelaki itu. Lelaki itu
bernama Izham. Berumur 19 tahun juga dan berasal dari Kampung Jelatang yang
tidak jah dari rumah Suraya. Izham juga pelajar lepasan STPM. Tetapi sekarang
Izham belajar di sekolah swasta untuk menduduki kemnali peperiksaan STPM buat
kali kedua. Setiap hari Izham akan ‘chat’ dengan Suraya. Suraya membalas nya
seperti biasa dan menganggap Izham seperti kawan-kawan alam maya dia yang lain.
Izham kelakar orangnya dan menyebabkan Suraya mudah terhibur dengan gelagatnya.
Izham cuba untuk meminta nombor telefon daripada Suraya. Tetapi Suraya menjual
mahal dengan tidak mudah untuk dia memberi nombor telefonnya kepada mana-mana
lelaki yang dia tidak kenal lebih-lebih lagi di alam maya. Izham tidak pernah
berputus asa. Setiap hari dia akan cuba juga meminta nombor telefon Suraya.
Tapi jawapan tetap sama daripada Suraya.
Nak dijadikan cerita, Izham ni rupanya sepupu kepada teman lelaki Farah.
Izham cuba mendapatkan nombor telefon Suraya dari bantuan Farah. Farah terus
memberi nombor telefon Suraya kepada Izham tanpa meminta kebenaran sedikit pun
daripada Suraya. Selepas Izham Berjaya mendapatkan nombor telefon Suraya, dia
terus menelefon Suraya pada malam itu juga.
‘Hello, boleh saya bercakap dengan Cik Suraya Natasha?’
Suraya terpaku dan terdiam sebentar.
‘Awak siapa’? Mana dapat nombor telefon saya?’
Izham
memutar belitkan cerita dengan memberitahu bahawa dia mendapatkan nombor
telefon Suraya dari kawan sekelasnya iaitu Fatin Amalina. Fatin Amalina
sebenarnya dulu adalah kawan sekelas Suraya semasa di sekolah menengah. Suraya
mendiamkan diri. Dia tak tahu samaada nak marah Fatin Amalina atau pun tidak
sebab kalau marah pun nasi tetap menjadi bubur. Suraya rileks kan diri sahaja,
padahal dia tak tahu itu semua ‘kerja’ kawan baiknya sendiri iaitu Farah.
Setiap hari Izham akan menelefon Suraya. Tak kira pagi, petang mahupun
malam. Disebabkan Suraya pun tiada sesiapa teman istimewa dalam hidupnya, dia
layankan sahaja Izham itu sebagai seorang teman sahaja. Suraya suka berkawan
dengan Izham sebab satu faktor iaitu Izham seorang kelakar orangnya dan selalu
membuatkan Suraya tergelak setiap masa. Lama kelamaan setelah beberapa bulan
berhubung, Izham memberitahu niat di hatinya bahawa dia mahu ‘couple’ dengan
Suraya. Sedangkan mereka berdua belum pernah lagi bersemuka antara satu sama
lain. Suraya menjadi serba salah samaada dia mahu terima atau tolak. Izham beri
dia masa.
Suraya bertanyakan pendapat kepada kawan baiknua, Farah tentang ajakan
Izham untuk ‘couple’. Farah bagi ‘green light’ kepada Suraya supaya terima
sahaja Izham itu. Pada masa yang sama Farah mengaku kepada Suraya bahawa
sebenarnya dialah yang menjadi dalang memberi nombor telefon Suraya kepada
Izham.
“Aku bukan apa Suraya. Izham tu asyik paksa-paksa aku je supaya beri
nombor kau. Setiap malam dia telefon aku paksa-paksa aku agar berikan dia
nombor telefon kau. Aku kesian. Lagipun dia memang dah lama nak berkawan dengan
kau dan mahu lebih mengenali diri kau dengan lebih rapat. Kau terima je lah
dia’. Tak salah mencuba dalam percintaan. Lagipun kau bukan ada teman lelaki
istimewa pun. Kau cubalah’.
Suraya tak mampu berkata apa-apa. Dia hanya mampu mendiamkan diri sambil
berfikir. Dalam kotak fikirannya hanya memikirkan Izham. Dia takut sekiranya
pada suatu hari nanti Izham berubah. Suraya berpegang pada prinsip. Dia hanya
mahu bercinta sekali sahaja seumur hidup. Sekali dia bercinta, itu bermakna dia
hanya mahu lelaki itu sahaja menjadi bakal imam nya nanti. Suraya semakin
risau. Fikirannya kusut.
Selepas beberapa hari, Suraya membuat keputusan. Keputusannya adalah
menerima sahaja Izham sebagai ‘couple’ nya. Sebenarnya Suraya sudah lama jatuh
hati pada Izham, Cuma dia takut untuk bercinta. Izham gembira dengan jawapan
Suraya. Izham berjanji dengan Suraya bahawa dia akan setia dengan Suraya buat
selama-lamanya. Suraya lega mendengar jawapan Izham.
‘Sayang, biy janji dengan sayang yang biy akan setia dengan sayang
seorang sahaja. Biy akan jaga hati sayang. Biy takkan curang dengan mana-mana
perempuan.Biy janji sayang’, katanya Izham kepada Suraya di dalam mesej pesanan
ringkas.
Suraya membalas, ‘InshaAllah biy. Memang itu yang diharapkan oleh saya.
Saya harap hubungan kita kekal hingga ke jinjang pelamin. Saya sayang awak
sangat-sangat’.
Suraya membahaskan dirinya sebagai ‘saya’ kepada Izham pada mulanya
disebabkan Suraya malu tambahan pula dia sebelum ini tidak ada pengalaman
bercinta. Bagi dia perkataan ‘sayang, biy, darling, anje’ dan sebagainya itu
amat geli untuk disebut. Izham pula sebaliknya. Dia tidak malu dan tidak kekok
untuk bahaskan dirinya sebagai ‘biy’ dan memanggil Suraya dengan panggilan
‘sayang’.
Setelah beberapa bulan mereka bercinta, akhirnya mereka bertemu. Mereka
tidak seperti pasangan yang lain. Kalau pasangan yang lain suka ‘dating’ di
taman bunga, pusat membeli-belah, panggung wayang, tapi sebaliknya mereka hanya
bertemu di rumah Suraya pada hari raya pertama. Itu adalah ‘first date’ mereka
berdua. Izham membawa seorang kawannya, Alif untuk menemaninya pergi beraya
rumah Suraya. Semasa pertemuan itu, kali pertama terpandang wajah Izham, Suraya
tersenyum lebar. Suraya terpaku seketika kerana teruja dapat bertemu dengan
Izham. Izham malu-malu. Begitu juga Suraya. Bak kata satu pepatah’malu-malu
kucing’. Padahal dalam hati mereka, memasing teruja dapat bertemu buat kali
pertama.
Izham boleh dikatakan romantik
juga. Dia seringkali tuju lagu kepada Suraya. Setiap lagu yang diberi kepada
Suraya melambangkan cinta mereka. Setelah Izham memberi lagu kepada Suraya,
Suraya cepat-cepat ‘search’ lirik lagu berkenaan. Suraya hayati setiap
bait-bait lirik lagu berkenaan.
‘Sungguh dahsyatnya cintaku kepada kamu.. aku mohon jangan pergi..
menyiksaku dengan rindu.. kita dua hati.. selamanya takkan terpisah.. kau dan
aku punya cerita.. paling terindah di dunia’.
Setelah setahun mereka dilamun cinta, Izham ditawarkan melanjutkan
pelajaran ke universiti. Universiti itu bukan di Semenanjung Malaysia, tetapi
Sarawak iaitu Universiti Malaysia Sarawak dalam bidang Seni. Manakala Suraya
pula dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Terengganu dalam bidang
Teknologi Maklumat.
Semasa di Semester 1, hubungan mereka baik walaupun memasing berjauhan.
Tapi kekadang Izham jarang sekali berhubung dengan Suraya disebabkan dia sibuk
dengan ‘assignment’. Suraya faham. Dia jenis tidak mendesak Izham untuk 24 jam
bersama nya. Tapi lama kelamaan, Izham
semakin berubah. Menelefon Suraya pun seminggu sekali pun susah. Apatah lagi
untuk SMS. Suraya masih lagi bersabar dengan sikap Izham. Dalam fikiran Suraya,
Suraya mengganggap Izham sudah berubah hati. Mungkin Izham sudah ada seseorang
di sana. Suraya cuba bertanya kepada Izham, tetapi Izham menafikannya. Suraya
bersabar lagi dan memberi peluang kepada Izham. Sebenarnya sudah banyak kali
Suraya memberi peluang kepada Izham, tapi sikap Izham tetap sama. Suraya sedih.
Dia hanya mampu mendiamkan diri.
Ada
sesakali Suraya mengadu nasib nya kepada teman baiknya, Farah. Farah simpati
dengan nasib Suraya. Farah cuba masuk campur dalam hubungan mereka. Farah cuba
menelefon Izham dan marah-marah kepada Izham kerana buat sedemikian rupa
terhadap kawan baiknya itu. Izham menjelaskan kepada Farah bahawa dia sibuk
semenjak dua menjak ni sebab itu dia tiada masa untuk berhubung dengan Suraya.
Suraya kecewa dengan jawapan Izham.
‘Kalau sibuk pun, takkan lah seminit dua tak dapat meluangkan masa untuk
bertanya khabar’. Naluri Suraya berkata demikian. Suraya syak yang Izham sudah
tiada hati lagi dekat Suraya. Tambahan pula mereka jauh. Ibarat seperti ‘cinta
jarak jauh’. Biasalah, bila cinta jarak jauh, apa-apa pun boleh terjadi.
Hubungan
mereka sampai sekarang ibarat ‘ gantung tidak bertali’. Sudah banyak kali
mereka bergaduh, tetapi Izham jenis pandai berbicara. Setiap kata-katanya Berjaya
mencairkan hati Suraya. Setiap kali mereka bertengkar, Suraya memaafkan sahaja
setiap perbuatan Izham sebab Suraya tidak mahu panjangkan pergaduhan mereka.
Pada
pertengahan Semester 2, Izham membuat tindakan berani dengan cuba menyatakan bahawa
dia mahu memutuskan hubungan mereka dengan alasan yang tidak kukuh.
‘Sayang, biy rasa kehidupan kita masih lagi jauh. Kita tidak tahu apa
yang akan terjadi selepas ini. Biy taknak sayang terlalu berharap dengan biy.
Biy risau sayang akan kecewa kelak. Kita kawan je lah’.
Hati Suraya luluh apabila membaca SMS daripada Izham. Dia hampir
tersungkur ke atas lantai. Hati dia kecewa sangat-sangat dengan sikap Izham.
Dengan alasan yang tidak munasabah bagi nya, Suraya tidak mampu untuk berbuat
apa-apa. Dia tidak mahu Izham kelihatan dia seperti terhegeh-hegeh. Suraya
langsung tidak merayu kepada Izham. Walaupun setiap malam Suraya menangis
sebelum tidur, dia tetap tabahkan hati dengan memujuk diri sendiri supaya
kuatkan semangat.
’1 pergi, 10 orang akan datang. Kau buat
aku, suatu hari nanti akan ada orang yang buat kau pula. Aku tunggu saat itu.’
Sampai sekarang Izham dan Suraya langsung tidak berhubung. Suraya kecewa
dengan sikap Izham. Sebelum ini, Izham memberitahunya bahawa mereka berdua
masih lagi berkawan tapi dimanakah Izham? Diam membisu tanpa sepatah kata.
Suraya pula tetap dengan prinsip dan ego nya yang dia takkan mencari Izham
kerana tidak mahu kelihatan seolah-olah perigi mencari timba. Suraya redha dan
pasrah dengan ketentuan Ilahi.
****maaf,typo terlalu banyak and penggunaan tatabahasa apa semua so sorry . belum lagi 'baiki' apa yang belum di baiki. wakakakakakakka