Monday, December 30, 2013


2013 melabuh tirai.2014 sudah melambai.terlalu banyak kenangan tahun ini untuk dihurai.ada kegagalan yang menghentam sampai ke lantai,dan ada kejayaan yang dicapai.

**you made me laugh.you made me cry.it's time to move on.goodbye 2013.


Thursday, December 26, 2013

madah-madah cinto

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Wednesday, December 25, 2013

bertahun-tahun dendam kerana dia pernah permainkan hati kita????????????????????

Selalu boleh di katakan,orang kalau sayang sanggup buat apa sahaja walaupun terpaksa buat dirinya terseksa. Tetapi bila dah tak suka dan sayang pelbagai alasan yang di berikan . Tak ada gunanya terus bertahan pada perasaan yang telah pergi. Jika saat ini dia telah menjadi milik orang lain maka lepaskanlah.

Jangan habiskan waktumu menunggu seseorang yang bahkan tak mahu peduli tentang apa yang kamu rasakan.

Mungkin kita akan rasa sakit dan kecewa, sehinggakan bertahun-tahun kita tak dapat memaafkan apa yang dia buat pada kita. Dendam terukir di hati yang paling dalam khas untuknya. Walaupun kadang kita telah temui orang yang baru tetapi untuk memaafkan dia tidak semudah yang di sangka. 
Dia pernah mainkan perasaan aku, sampai mati pun aku tak akan maafkan dia .
Ayat ini selalu di pertuturkan , begitu sukarnya memaafkan orang lain walaupun orang yang kita dendam itu orang yang pernah buat kita bahagia. 

Memaafkan adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah, sebagai imbalannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tak terhingga.

Kadang, sulit membiarkan cinta membimbing kita pada saat hati kita disakiti oleh orang lain.Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan dapat benar-benar bahagia sebelum mahu memberi maaf.

Orang yang mempesona adalah mereka yang selalu baik pada orang lain.Jangan pernah merasa dendam sekalipun kepada orang lain,bahkan kepada mereka yang pernah menyakiti kita.
Pepatah arab pernah mengatakan " Cintailah yang di bumi, niscaya yang di langit akan mencintaimu."
Maka ikhlaskan apa yang berlaku, segalanya perancangan Allah yang telah di susun rapi. Mungkin derita yang kita rasa itu hanya di permulaan, di akhirnya ? InshaAllah bahagia menyapa. Janji Allah itu pasti, seseorang yang selayaknya untuk kita.

Oleh itu janganlah kita menyimpan dan membalas dendam terhadap orang-orang yang telah menyakiti kita, sama ada secara fizikal atau perasaan. Maafkanlah mereka seperti yang Allah SWT berfirman dalam ayat 133-134, Surah Ali Imraan yang berikutnya:

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.



*stop crying..wipe your tears...stay firm..stand ahead..carve a smile...move on.



Thursday, December 12, 2013

lepas meeting konfem ada makanan lebih!!tapauuuuuuu~~~

dua minggu duk sini....
duk mana?hahaha..
jabatan kesihatan negeri perlis lol....
kat unit teknologi maklumat ada bilik mesyuarat..
setiap kali oghang nak guna bilik tu after that wajib ado makan2 sikit.yer lah utk tetamu kan haha.
so..makanan banyak xhabis..
ramai ah duk offer drpd duk baziaq xtentu pasal..
kita ape lg..bedal je lah mana ada mana termampuu lol...
boleh tambahkan berat bdan...tingkatkan kalori..besarkan paha dan tembamkan pipi kalo lima bulan lebih duk sini..ohsemmmm..
orang kampung dah xkenal dah hananiwirdah pipi tembam nnty hahaha..kesahhh...

minggu pertama ada jgk makang2..tp xsnap gmbor..oppsss shorrryyyy..
first..makan roti jala n karipap xsilap..ye dah kott..
esok plok bihun goreng..
yg xleh blaaa p bedal banyak2 air minuman yg boleh cucuk ngan straw tuu..entah lah org panggil air apa hahaha..
bedal banyak gila wat stok...
dah oghang bagi lampu hijau...haruslah cilokkkk....
thennn dah xingt dh makan genamo ghima lagi.. haha..makan je xsempat nk snap pic..

minggu keduaaa...makan nasi lemak...
bedal buah orange ikut ska haty mcm makbapak kita punyer jabatan..
then petang tu plok bedal roti jala bersantan durian plus lagi bersagu lepas pembentangan Sistem Pergerakan Fail student praktikal uitm Arau haha gittewww...
padahal xdak kena mengena pun ngan pembentangan tu..
tapi penyelia suruh masuk join sekaki...
lol...

 melampau tahap lembu cekau buah orange...

 nasi lemak...
lama lama naik lemak ..

roti jala..
agak pelik roti jala d sini..
podaaa makan je lah haha..

Wednesday, December 11, 2013

we are who we are..


We are who we are..tak perfect..tapi setiap hari mencuba untuk menjadi lebih baik..walaupun sekadar 1 percent..setialah dengan orang2 yang betul terima kita for who we are..not for What we are..kadang2..orang terlalu taksub melihat luaran seseorang dan melupakan hati seseorang itu..dan ada juga orang yang lebih mahu orang yang terbuka pakaiannya untuk menunjukkan keterbukaannya fikirannya..sedangkan yang memakai tertutup itu tidak semestinya tertutup juga fikirannya.apa yang kita ada hari ini..hargailah sementara masih ada..biarkan ia berjalan sendiri..ibarat putaran masa..kalau ada yg lebih baik..mengapa perlu memutarkan jarum ke arah yg bertentangan bukan?:)mata memang boleh mengenal pasti yg mana terlihat seperti permata..tapi cuma mata hati..yg boleh mengenal pasti yg mana sebenarnya permata dan yg mana kaca.

Cara ini bagi ibu-ibu yang disahkan boleh bersalin secara normal oleh doktor. Amalkan semasa mengandung anak pertama.

Cara ini bagi ibu-ibu yang disahkan boleh bersalin secara normal oleh doktor. Amalkan semasa mengandung anak pertama. 

1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan

2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.

3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan

4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri

5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.

6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.

7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu . Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.

8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi. Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.

9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.

10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor. Salah satunya seperti di bawah :

1. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
2. Angkat kepala, dagu cecah dada.
3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
4. Tangan pegang buku lali kaki
5. Masa teran jangan keluarkan suara.
6. Masa teran jangan angkat punggung.
7. Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) .

Semoga kelahiran berjalan dengan lancar, tahap kesakitan dalam kawalan dan tempoh kesakitan tidak terlalu panjang. Nor ada juga menulis pengalaman bersalin kali pertama dan kali ke dua.

AURAT KETIKA BERSALIN

Ringkasan dari "AURAT KETIKA BERSALIN" dari Semanis Kurma TV9 20 November 2013.

1. Suami WAJIB pelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan.
2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat.
3. WAJIB mendahulukan doktor perempuan.
4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang.
5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.

Lagi satu pesanan 'mereka' dalam Semanis Kurma TV9... dlm keadaan isteri dh SAKIT sangat, hilang punca, taleh berpikir maka :-

1. PERANAN SUAMI sgt3 penting dan mustahak... suami yg kena bt keputusan utk aurat dan maruah isteri... if suami sndr tak mampu nk bertegas utk bt pilihan... amat mgecewakan <---- mrujuk kepada dlm keadaan yg tidak darurat serta masih ada pilihan.
2. Suami WAJIB jaga & pelihara aurat isteri ketika dalam wad.. LR dll... jgn dh msk wad semua terbang... tudung x pakai, kain terselak sana-sini, bj blengan pendek shj, myusu ikut dan... sbb kena ingt kkdg da juga staff lelaki, pemberi mknn yg lelaki dll yg kuar msk wad..
3. WAJIB.... WAJIB.... WAJIB.... da MAHRAM temankan ketika dtgnya darurat yg mgizinkan aurat terbuka. Pertama SUAMI... kedua SAUDARA PEREMPUAN.. ketiga nurse perempuan dan sterus3nya. Mcna3 pun keutamaan adalah SUAMI.

Ini TITIPAN sayang buat semua WANITA dari pengalaman sendiri:

1. NIAT- Niat dari AWAL even sebelum disahkan hamil... ingin bersalin dengan disambut oleh doktor perempuan atau bidan wanita.
2. DOA - ISTIQOMAH dari remaja juga boleh.... Doa moga Allah pelihara aurat dan maruah kita sekalipun dalam keadaan darurat khususnya kita wanita ketika saat kelahiran bayi.
3. AMALAN - Selarikan dengan niat dan doa... pemeriksaan ibu mengandung, scan baby dsbnya WAJIB dilakukan dengan doktor perempuan dan bukan doktor lelaki. Malah jaga aurat dlam berpakaian juga selama mana bergelar muslim. Apa sekalipun berusaha dengan kudrat kita.. Allah akan hitung tindakan kita.
4. YAKIN - Insyaallah... bilaman kita telah KUAT berusaha seperti di atas PASTInya DIA bantu kita, pelihara aurat dan maruah kita maruah suami.

p/s : Moga Allah terus pelihara AURAT & MARUAH kita semua untuk proses kelahiran yang seterus-seterusnya. Untuk yang telah berlalu dlm keadaan tidak mampu BERTEGAS, TIDAK cukup bersedia dsbnya maka bartaubat dan muhasabah diri. Insyaallah DIA murah dengan keampunan.

Tuesday, December 10, 2013

hari ni 11.12.13..

11.12.13..
tarikh for today..
tarikh yang menarik..

bila ramai duk sebut tarikh hari nie 11.12.13..
tetiba teringat ngan tarikh 13.12.11..
dua tahun lepas punya cerita..
apa cerita biarlah rahsia..
malas nak ingat dah malas nak ungkit..

:::Jangan sebab ego,kau nak kena bermusuh dengan orang yang paling rapat dengan kau.
Ego boleh buang,persahabatan tidak sama sekali:::