Dengan mencintaimu aku sedar bahawa cinta itu mengubah pahit menjadi manis..debu menjadi emas,penyakit menjadi sembuh, derita itu nikmat..dan segala yang buruk itu baik..
Kekadang aku menidakkan kebenaran..aku mempercayai segala kebohongan.kerana sungguh cinta itu buat aku alpa dan buta..
Dengan mencintaimu juga aku sedar bahawa cinta itu membuat aku yang sihat jadi sakit..gemuk menjadi kurus..normal menjadi gila..
nescaya
ketika aku sedang enak dilamun cinta..buanglah aku kelaut.di padang
pasir mahupun hutan rimba...pasti aku akan belajar untuk hidup dan
takkan mati kelemasan...
dikala aku sedang berduka kerana cinta..lemparkanlah aku ke gudang roti..nescaya pasti aku akan mati kelaparan..
Dengan
mencintaimu bukan bermakna aku tidak mencintai tuhan..namun kelemahan
aku adalah kerana aku manusia.segagah gagah manusia die lunak dengan
cinta..besi mampu lebur..jahat menjadi baik..malah raja menjadi budak..
aku tahu..dan ramai yang memberitahu..
cintailah seseorang kerana tuhan..
cintailah tuhan kerana sesungguhnya cinta pada tuhan hakiki..
cinta pada manusia itu sakit, pedih dan melalaikan..
tapi sang pemberitahu juga tidak mampu menahan dirinya daripada mencintai..
aku
juga tidak mampu menahan dari mencintai walaupun diri sendiri selalu
diingatkan untuk tidak mencintai seseorang itu dengan sesungguh hati..
manusia itu rapuh..
aku itu lemah..
cinta itu parah..
cinta
itu kekadang membuat aku hilang pertimbangan..kekadang aku sanggup
untuk kehilangan apapun kerana cinta asalkan aku tidak kehilangan orang
yang aku cinta..
cinta itu kekadang membuat aku seperti sang
tiada akal..cinta itu membuat aku sanggup bekorban apa saja walhal
selama ini untuk diri sendiri pon tidak sanggup bekorban apatah lagi
untuk orang lain..
cinta itu menjadikan aku seperti sebuah kereta kebal..mengubah aku menjadi kayu dan patung..
kerana
setiapkali dia menyakiti hati aku..aku sentiasa mengulang2 bahawa..aku
bukan tunggul kayu..aku bukan patung yang kau boleh perlakukan sesuaka
hati..
anehnya..aku sendiri yang berkata akan kayu-kayu dan
patung-patung itu..aku sendiri yang bertahan dan membiarkan diri sendiri
menjadi seperti patung dan kayu..
nah bukankah aku berkata tadi aku persis sebuah kereta kebal yang sangat tahan pada asakan?
cinta
itu adalah seperti aku mahu mengusir kau jauh2..aku mahu tinggalkan kau
berbatu batu..aku membenci kau sehinggakan seperti sanggup meludah
diatas muka kau..dan disaat kau pergi dan tidak kembali-kembali..aku
seperti mahu mati..
dan pada akhirnya..aku
sedar bahawa jika saja kehadiran cinta sekadar untuk mengecewakan
aku..lebih baik cinta itu tidak pernah hadir..
p/s: entry dikala hati berasa sangat sakit..maka secara automatik diri menjadi seperti ahli falsampah hehehe..
No comments:
Post a Comment