Wednesday, January 29, 2014

Allah Tak Pernah Merampas Sesiapa Yang Kita Sayang Tetapi Allah Gantikan Dengan Yang Lebih Baik

Yaa Robb,Bila dia memang jodohku, segera berikanlah aku jalan agar aku tahu bila dia benar-benar pemilik tulang rusuk yang kau pilihkan untukku. Namun Yaa Robb jika dia bukanlah jodoh yang kau pilihkan, segera berikan aku jalan agar aku tak berlarut-larut dalam penantian ..Aamiin

Sujudku pada seperempat malam, membuatku lebih tenang. Memang hanya Dia tempatku mengadu, kerana hanya Dia lah Yang Selalu ada untukku.Ketika aku gundah, ketika aku putus harapan dan ketika aku mula berhenti berharap,Dia selalu menemaniku dalam apa jua keadaanku.

Dahulu aku seperti yang lain, begitu hebat sekali untuk mencari cinta yang sering di khabarkan. Aku juga hanyut di bawa mimpi dengan keindahan cinta tersebut. Aku pernah berasa amat gembira kerana dia aku rasa dia tercipta khas untukku. 

Pernah aku putus harapan dan tidak menerima siapa sahaja yang datang dalam hidup ini. Ramai yang cuba mengisi kekosongan hati, tetapi hati ini tetap berdegil tak mahu berganjak dari pendiriannya. Hati selalu berkata " aku telah menjaga batas bergaulanku, aku menjaga segalanya , kenapa dia bukan jodohku ? 

Sehinggakan air mata ini mengalir demi menanti sebuah jawapannya yang aku sendiri tak tahu bila ianya terlerai. 

Tetapi kini barulah aku mengerti dan fahami bahawa apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Kini akui bahawa apa yang terjadi itu adalah terbaik untuk diriku. Allah tak pernah rampas sesiapa dalam hidupku, ia pertemukan aku dan dia untuk aku mengenali apa itu kehidupan dan soal cinta. Bagaimana untuk aku bangkit jika aku terjebak pada cinta yang salah ? 

Itulah cara Allah mentarbiyah diri ini yang banyak kekurangan. Allah adalah sebaik perancangan dalam hidup kita. Ia tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah tak pernah merampas sesiapa yang kita sayang. Bila kita kehilangan sesorang tu, mungkin Allah mahu gantikan dengan yang lebih baik.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Surah Al Baqarah ayat 216 

No comments: