Orang yang pernah couple kemudian end-up berkahwin dengan orang lain, jauh di sudut hatinya akan rasa MENYESAL;
- Menyesal kerana cinta pertamanya telah diberikan pada orang yang salah. Pasangannya yang halal kini mendapat cinta second hand yang direcycle kembali nampak seperti baru. Tetapi tidak se-fresh cinta pertama dulu yang menggamit seribu kenangan.
- Menyesal kerana tidak adil pada pasangannya kerana memberi hati yang ada kesan parut luka lama.
- Menyesal kerana telah memberikan sepenuh hati pada orang yang salah,
sedangkan awal-awal lagi sepatutnya disimpan pada orang yang betul.
- Menyesal kerana cinta dalam hati tidak sebening air mata air, tidak
sepure, tidak se-excited, tidak seperti cinta yang pernah diberikan
dulu-dulu.
Namun, beza paling besar yang dirasakan setelah
berkahwin adalah tenangnya hati yang tidak pernah dirasakan sewaktu
bercouple. Tidak perlu tipu diri sendiri mengatakan hati rasa tenang
tenteram waktu couple. Tenang rekaan diri sendiri semata-mata. Bukan
rasa tenang yang Allah datangkan ke dalam hati.
Jadi, adik-adik
atau sesiapa sahaja yang belum pernah bercouple yang baca mesej ini,
jagalah cinta pertama masing-masing untuk diserahkan pada orang yang
betul dan halal lagi teristimewa. Jangan sampai menyesal di kemudian
hari.
- Syabab Musafir Kasih
No comments:
Post a Comment