Walau sejauh mana aku pergi menghilangkan diri .. ingatanku cuma ada kamu ..
tidak kira di mana saja aku berada dan apa lagakku ..
pasti ada rindu yang bertandang ..
Jatuh
cinta pada teman yg kita kenali adalah suatu situasi yang sukar
ditafsirkan dengan kata2 . Satu bentuk perasaan yang bermain di minda
kerana si dia selalu saja bermain di mata ..
Untuk
menyukai seseorang mengambil masa sekejap sahaja .. Dan perasaan akan
terus dibuai di hati .. Cuma kadang cinta itu hadir pada teman yang kita
kenali .. Dan mungkin perasaan itu hadir tidak kena pada tempatnya .
Masa yang terlewat .. Tempat yang salah dalam perkenalan tersebut ..
"Kita bertemu pada waktu yang amat sukar ..
pertemuan kita mungkin pada masa yang salah ..
kerana pada tika pertemuan kita .. ada dia di antara kita ..
ada insan lain yang lebih awal dari aku ..
ada insan lain yang berkasih dan sayang antara kamu dan dia ..
sedangkan aku cuma watak ketiga .."
Bukan
suasana dan jalan cerita yang tidak diketahui .. Dikau kepunyaan org tp
hadir perasaan sayang dan kasih ini tidak ku pinta .. Naluri ingin
menidakkan datangnya cinta yang bersemi namun aku tidak mempunyai
kekuatan untuk menghalangnya .. Begitu sakit menjadi orang ketiga antara
hubungan kamu berdua , namun kita semakin jauh .. Aku takut keliru
menjadi takut untuk menerima kenyataan ..
Mengapa
perhatian kamu berikan kepadaku sedangkan dirimu sudah berpunya ..
Mengapa begitu memberikan janji yang kita sama2 tahu amat susah kamu
kotai .. Aku tahu kamu sayangkan aku namun dalam hatimu masih ada si dia
insan di sampingmu .. Makin kuat aku untuk melangkah pergi , makin erat
cinta yang hadir antara kita .. Menjadi org ketiga amat terseksa jiwaku
, tiada siapa tahu dan paham perasaanku ..
Melepaskan
orang yang sangat dicintai dan disayangi dan dicintai amat menyakitkan
.. namun dalam keadaan menyakitakan , ada hikmah disebaliknya .. Cinta
itu sangat besar pengertiannya .. dan ada kalanya .. Cinta dalam diam
itu adalah lebih bererti ..
PERGILAH ENGKAU KEPADA ORANG YANG LEBIH MENYAYANGIMU
No comments:
Post a Comment