Friday, November 22, 2013

pasrah

Pesananmu telah kubaca
Kau mohon kemaafan
Atas segalanya
Antara kita

Aku maklumi
Aku mengerti
Aku juga begitu
Sudah lama hati memaafkan
Namun tak daya aku menulis
Membalas pesananmu


Semoga kau mengerti
Kita tak akan kembali berteman
Seperti dahulu
Bukan kerana dendam
Bukan kerana benci
Itu mahuku
Biarkan aku 
Tak perlu lagi menyapa
Simpan sahaja senyummu untuk yang lain
Aku pasrah begini
Kerana begini lebih baik untuk kita...

Kudoakan semoga dirimu dirahmati-Nya selalu
Terima kasih atas persahabatan
Suatu waktu dahulu....



No comments: