Tapi bila kau melafazkan tiga kata ( lagu KRU )
‘Wo ai ni’
‘I love you’
‘Aku cinta padamu’
Tiada apa yang bermain di benakku. Hanyalah wajahmu. Namamu. Gelak tawamu.
Ternyata engkau tidak bertepuk sebelah tangan.
Maka bermulalah kisah cinta antara kau dan aku.
Bukan cinta muka buku tapi cinta sahabat karibku.
Kelakar bukan? Mula-mula kawan biasa. Selepas itu kawan rapat. Seterusnya bukan kawan lagi tetapi kekasih. Kau mampu?
Orang cakap tak best bercinta dengan sahabat karib.
Aku cakap takpe. Kita cuba dulu. Belum cuba belum tahu.
Ramai kawan aku bercinta dengan sahabat karib. Nampak sweet plak diorang sebab masing-masing dah kenal hati budi. So, tak perlu nak kerek sangat la kan? Diorang sampai sekarang still hangat bercinta malah ada yang sudah bertunang. So, jangan busy body sangat bila orang bercinta dengan bff.
Best bercinta dengan bff. Kau tahu kenapa?
Sebab dia dah kenal ibu bapa kau. Sebelum dia jadi kekasih kau, dia merupakan bff kau. Semestinya dia sering ke rumah kau bila ada event pape. Time raya memang dia wajib ke rumah kau. Dia kenal dengan adik-beradik kau. Dia kenal siapa kawan-kawan kau.
Andai suatu hari tiada jodoh antara kita.
Andai kita berkasih tak lama.
Andai kita putus terpaksa.
Hanya satu pintaku.
Boleh kita menjadi bff seperti dahulu??
Pasti tidak kan? Pasti kau malu nak bersua muka denganku. Kau dah benci dekat aku. Menyampah. Nak muntah. Nak lempang. Nak gigit . Nak sepak. Semua ada.
Itulah yang paling aku takuti apabila jatuh cinta sesama bffku.
Kepada mereka yang bercinta dengan bff sendiri, sila jaga hubungan tersebut sebaik mungkin. Andaikata tiada jodoh antara korang berdua, mustahil dia akan menjadi bff anda lagi.
Anda kehilangan kekasih juga bff. Sungguh sedih. Sob.
6 comments:
letak la gmbar BFF tu
bila kekasih merajuk...hahaha
masalahnyaa cik fatimah oii..bukan BFF aku laa !!!!!
sawang-kekasih mekmung!!!!!
bila kekasih tabik getar!!!hahahahaha
gapo dioo gakk audi tabik2 getar??xpham laaaa aku...hahah
Post a Comment