Thursday, May 10, 2012

ciri-ciri lelaki yang layak dijadikan suami .



ASPEK memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa penilitian yang mendalam. Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani bersama dengan pasangan berkongsi hidup hingga ke akhir hayat.

Kelayakkan lelaki yang boleh dibuat suami:

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh hantar ke tempat kerja. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin saja tau.

3. Ada kenderaan, motor kapcai pun dah cantek laa tu dengan 2 helmet. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat juz Amma.

6. Jenis lurus, hati baik, tak menipu. Tak laa sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia memahami kamu dan kamu memahami dia. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta. Cemburu sikit-sikit kira okey laa. Kalau langsung tak ada rasa cemburu masalah jugak. Nanti kita fikir dia tak sayang pada kita.

10. Belajar takat PMR je pun tak apa, janji cara dia berfikir matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam taklah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun taklah sampai dia mengata mengumpat orang lain.

12. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok program Ustaz Don Danial mengajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dia ada di antara orang-orang kampung.

13. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

14. Jenis murah senyum.

15. Tak tengok sangat awek lain walau cun, suka tengok bini dia jer walaupn bini dia tak laa cun mana pun.

16. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat Kentucky atau tempat-tempat makan yang menunya mahal-mahal sebab dia tahu kerja dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai pun kenyang kan?.

17. Rajin dan ringan tangan tolong isteri. Sekejap-sekejap tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah selamba sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu.

18. Jenis pembersih jugak la. Masa muda-muda dia tak laa jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan wangi depan manusia saja.

19. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. Adakan majlis bacaan Hadis-hadis Nabi SAW misalnya.

20. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

No comments: