Thursday, November 3, 2011

stop!!kata-kata indah kau dah ketinggalan zaman la weii!!




bile seseorang lelaki yang ade HIDING AGENDA terhadap anda..kebiasaanya..drama ini akan berlaku..

lalink kite..
kite sayang awak melebihi diri kite sendiri
kite sanggup harungi segala2nye demi awak
sanggup mati demi awak
sanggup berenang dilautan api kerana awak
sanggup panjat gunung berduri kerana awak
kita ingat dekat awak siang dan malam
pagi dan petang
subuh sampai maghrib..
kita xpernah sayang siapa2 macam kita sayang awak
kalaulah dada ni boleh dibelah..awak akan tahu betapa sayangnya saya pada awak..
hidup ini adalah awak..nyawa ini adalah awak..segala galanya hanyalah awak
tiada perempuan yang paling cantik dimata saya melainkan awak.
kecantikan awak seperti bulan..
bulan pon xindah macam awak..

erk??

eh jap..jap..

wei giler!
kau ingat kau hidup zaman William Shakespeare ke?
Sastera dalam buku Komsas entah2 fail..
hiperbola lah sangat..
ingat dari subuh sampai maghrib konon..
bangun tido pon pukul 2 petang..
lautan api?kene habuk rokok pon masuk icu

weh..
cakap cantik macam bulan..
permukaan bulan tu berkutub kutub tau tak..
berlubang2..berkawah kawah..
tak belajar sains eh?
kesian.sungguh.
konon indah..
kau hidup dizaman Mesapotamia dulu pon belum tentu perempuan makan kata2 indah kau tu..
kau rasa indah la sangat.
masalahnya ..
indah pon kau xtahu apa maksud
terkinja kinja cari dalam kamus dewan..

dahlah..
orang dah bosan itu semua.penat betul.huh..huh.tolong bagi air.dahaga.

ni nak tanya..

agak2 nanti lepas kawen berapa kau nak bagi bulan2?
agak2..
kereta Ferrari minggu depan boleh ade kat parking rumah tak?
kejam sangat eh.
xpe..ringan sikit.
mini cooper..kecik sikit..

tak de???
delete jelah kata2 indah kau tu..
sebab tak boleh buat lauk makan nasi..

realistic la wei!

bye ..

No comments: